PM & Menteri Kewangan UK: Kami Akan Teruskan Rancangan Menaikkan Cukai Pendapatan

PM & Menteri Kewangan UK: Kami Akan Teruskan Rancangan Menaikkan Cukai Pendapatan

PM Boris Johnson dan Menteri Kewangan UK Rishi Sunak dalam satu kenyataan bersama berkata peningkatan yang dirancang dalam sumbangan keselamatan sosi

PM Boris Johnson dan Menteri Kewangan UK Rishi Sunak dalam satu kenyataan bersama berkata peningkatan yang dirancang dalam sumbangan keselamatan sosial Britain daripada pekerja dan majikan akan diteruskan pada April.

Mereka berkata demikian walaupun terdapat desakan untuk membatalkan kenaikan itu berikutan tekanan pada belanjawan isi rumah.

Penolakan itu berlaku kerana kenaikan inflasi telah memburukkan lagi tekanan ke atas kos sara hidup sehingga mengakibatkan kerajaan berdepan tekanan daripada penggubal dasar parti mereka sendiri.

Mereka mendesak supaya kerajaan menghentikan rancangan menaikkan cukai kesihatan dan sosial baharu yang akan menyaksikan peningkatan sebanyak 1.25 peratus pada kadar Insurans Nasional.

Beberapa akhbar Britain telah membuat spekulasi bahawa Johnson, yang menghadapi kemungkinan undi tidak percaya berhubung skandal perhimpunan sosial di Downing Street semasa lockdown Covid-19, akan berusaha untuk meraih sokongan dengan membatalkan kenaikan itu.

UK pada tahun kewangan 2020/21 telah mengalami defisit belanjawan terbesar sejak Perang Dunia Kedua, bersamaan dengan 15% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK)

Johnson dan Sunak juga berkata walaupun mereka “Menentang pemotongan cukai”, namun mereka perlu bertanggungjawab dengan kewangan awam.

“Kami percaya orang ramai adalah hakim terbaik tentang bagaimana cara untuk membelanjakan wang mereka. Kami mahu melalui fasa ini dan meneruskan agenda kami,”, jelas Boris.

“Dengan kewangan yang sihat kami akan terus memacu keyakinan perniagaan, dan dengan rekod pelaburan, kami akan meletakkan asas untuk pemulihan yang mampan, jangka panjang, pemulihan pekerjaan,” tambahnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: