PM Muhyiddin: Moratorium & Bantuan Bank Bersasar Dilanjutkan Tiga Bulan

PM Muhyiddin: Moratorium & Bantuan Bank Bersasar Dilanjutkan Tiga Bulan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium selama tiga

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium selama tiga bulan, khusus kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan Covid-19.

Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan bersasar bagi mereka yang masih terjejas, jelas Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial pada jam 3 petang.

“Justeru, peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini,” tambah beliau.

Muhyiddin juga berkata, selepas tempoh tersebut, moratorium boleh dilanjutkan oleh pihak bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

Memetik data-data terbaru, kadar pengangguran negara telah mencecah 5.3 peratus pada Mei yang melibatkan 826,100 orang.

Menerusi Program Subsidi Upah di bawah PRIHATIN, sehingga 20 Julai, sebanyak RM7.4 bilion bantuan telah disalurkan kepada 313,000 majikan dan 2.5 juta pekerja di seluruh negara.

Selain itu, menurut laporan Bernama, pada tarikh yang sama penangguhan pembayaran semula pinjaman di bawah moratorium dianggarkan mencecah RM59 bilion, memanfaatkan kira-kira 7.7 juta rakyat Malaysia atau 93 peratus daripada peminjam individu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: