PM Sanchez: Sepanyol Akan Menambah 800,000 Pekerjaan Dalam Tempoh Tiga Tahun Dengan Bantuan Dana EU

PM Sanchez: Sepanyol Akan Menambah 800,000 Pekerjaan Dalam Tempoh Tiga Tahun Dengan Bantuan Dana EU

Koronavirus telah memberi ancaman yang besar kepada ekonomi-ekonomi utama EU sehingga memaksa Suruhanjaya Eropah untuk meluluskan pelan bantuan terbe

Koronavirus telah memberi ancaman yang besar kepada ekonomi-ekonomi utama EU sehingga memaksa Suruhanjaya Eropah untuk meluluskan pelan bantuan terbesar dalam sejarah pada bulan Julai bernilai €750 bilion dengan tujuan memulihkan kembali ekonomi.

Sepanyol antara yang terkesan dengan krisis virus ini, membunuh hampir 32,000 orang dan menjangkiti lebih 800,00 orang diseluruh negara.

Selain itu, kerajaan juga telah membelanjakan €4 bilion bagi mengelakkan daripada terjadinya pembuangan pekerjaan secara besar-besaran terutamanya pada sektor yang paling terkesan seperti pelancongan.

PM Sepanyol pada hari ini berkata, kerajaan merancang untuk menambah 800,000 pekerjaan dalam tempoh tiga tahun dengan bantuan baru yang akan diterima dari Kesatuan Eropah.

Negara akan menggunakan dana bernilai €140 bilion (RM685 bilion) yang akan diterima dari EU bermula tahun 2021 hingga 2026 bagi meransang semula ekonomi yang sedang dihimpit oleh wabak, jelas beliau ketika melancarkan pelan penyelamat kerajaan hari ini.

Rancangan ini perlu dianggap sebagai “strategi bagi pemodenan negara kita dalam enam tahun ke depan” yang mana bertujuan “mengubah dari himpitan krisis kepada peluang yang lebih besar”, tambah Sanchez.

Sepanyol akan menggunakan €72 bilion pertama antara 2021-2023 untuk mendanai “projek-projek yang dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan yang lebih cenderung ke arah pemodenan dan penciptaan pekerjaan”.

Sanchez juga mengatakan hampir satu pertiga dari keseluruhan dana yang diterima akan disalurkan kepada transformasi ekonomi digital.

Manakala 37% daripadanya akan digunakan bagi peralihan sumber tenaga hijau, selari dengan sasaran yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Eropah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: