sunak-uk2

PM Sunak UK Berpotensi Bekukan Bantuan Asing Selama Dua Tahun Lagi

Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak sedang mempertimbangkan untuk menambah tempoh pembekuan bajet bantuan asing negara itu selama dua tahun.

Kerajaan Britian telah mengurangkan perbelanjaan bantuan asingnya dua tahun lalu ketika negara menghadapi kesan besar terhadap kewangan awam akibat wabak koronavirus dengan menetapkan perbelanjaan bantuan asing pada 0.5 peratus daripada pendapatan negara.

“Semua keputusan perbelanjaan akan dipertimbangkan dalam satu rundingan oleh Perdana Menteri dan Canselor pada Penyata Musim Luruh,” kata jurucakap Perbendaharaan UK dalam satu kenyataan.

Sunak, yang merupakan menteri kewangan pada masa itu, berkata pada tahun lalu bahawa perbelanjaan asing berkemungkinan akan kembali kepada 0.7 peratus daripada keluaran ekonomi menjelang 2024-2025.

Bagaimanapun, menurut laporan Telegraph, beliau kini sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan perbelanjaan bantuan asing selama dua tahun lagi kepada 2026-2027.

Laporan itu sekali gus menambah spekulasi bahawa terdapatnya agenda untuk pemotongan lebih mendalam bersama-sama dengan pilihan untuk menambat perbelanjaan bantuan asing kepada inflasi untuk tiga tahun akan datang.

Pembekuan itu juga dilihat sejajar dengan usaha kerajaan Britian untuk mengurangkan perbelanjaan dan membatalkan pemotongan cukai berikutan kenaikan kos pinjaman, makanan, bahan api dan pemanasan yang telah banyak belanjawan isi rumah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *