PM UK Bakal Umumkan Pelonggaran ‘Lockdown’ Koronavirus Pada Hari Selasa

PM UK Bakal Umumkan Pelonggaran ‘Lockdown’ Koronavirus Pada Hari Selasa

Perdana Menteri UK Boris Johnson akan mengumumkan pelonggaran sekatan koronavirus yang terkini pada hari Selasa di samping mengulas kesimpulan kajian

Perdana Menteri UK Boris Johnson akan mengumumkan pelonggaran sekatan koronavirus yang terkini pada hari Selasa di samping mengulas kesimpulan kajian apakah peraturan penjarakan sosial dua meter akan diteruskan atau sebaliknya.

Ekonomi Britain telah ditekan dan ditutup bagi menghentikan penularan wabak Covid-19. Walaupun perniagaan bukan asas kembali beroperasi pada hari Isnin lalu, namun banyak sektor yang lain, terutama perhotelan dan riadah masih ditutup.

Sebahagian ahli parlimen begitu vokal dalam gesaan supaya dimansuhkan peraturan penjarakan dua meter dengan menyebutkan ianya akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi yang bakal menyusut pada suku bulan Mac dan April.

Jabatan Perdana Menteri berkata Johnson akan memberitahu parlimen pada hari Selasa berkenaan sektor yang akan dibenarkan untuk dibuka semula pada 4 Julai di bawah pelan tindakan kerjaan untuk keluar daripada ‘lockdown’.

The Sunday Telegraph melaporkan bahawa Johnson juga akan mengumumkan perubahan pada garis panduan jarak sosial sehingga masyarakat hanya perlu menjaga jarak satu meter dengan syarat langkah-langkah tambahan dilaksanakan seperti memakai topeng.

Britain mempunyai jumlah kematian akibat Covid-19 yang tertinggi di dunia, namun begitu jumlah kes terus menurun dalam beberapa minggu terakhir.

Angka kematian dari kes yang disahkan pada hari Ahad lalu meningkat sebanyak 43 kepada 42,632, salah satu kenaikan terendah sejak penutupan dilaksanan pada bulan Mac.

“Penyakit ini semakin terkawal,” kata Johnson pada hari Ahad. “Sudah pasti ketika adanya kemajuan, kita berkemungkinan akan membuka lebih banyak lagi (perniagaan). Berkenaan jarak sosial, memerhatikan hali ini anda tidak lagi perlu menunggu lebih lama.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: