PM UK Berhadapan Kegagalan Kali Kedua di Parlimen Dalam Tempoh Kurang Daripada Satu Minggu

PM UK Berhadapan Kegagalan Kali Kedua di Parlimen Dalam Tempoh Kurang Daripada Satu Minggu

Presiden Suruhanjaya Eropah Donald Tusk pada hari Isnin lalu mengesahkan menerusi Twitter bahawa EU bersetuju melanjutkan tarikh akhir Brexit sehingg

Presiden Suruhanjaya Eropah Donald Tusk pada hari Isnin lalu mengesahkan menerusi Twitter bahawa EU bersetuju melanjutkan tarikh akhir Brexit sehingga 31 Januari 2020, selari dengan permohonan yang dibuat oleh UK pada awal bulan yang lalu.

Penangguhan tersebut dijangka akan memasukkan syarat untuk membenarkan UK keluar lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan sekiranya perjanjian Brexit yang telah disepakati antara EU dan Boris Johnson diluluskan.

Sementara di UK, PM Boris Johnson sekali lagi gagal mendapatkan sokongan majoriti terhadap usul beliau untuk mengadakan pilihan raya segera pada 12 Disember hadapan.

Bagi meraih majoriti, 434 undian diperlukan, namun hanya 299 undian menyokong pindaan diatas dan parti DUP pula mengatakan bahawa mereka tidak akan bersama kerajaan dalam undian tersebut.

Johnson telah berhadapan kegagalan buat kali kedua dalam tempoh kurang daripada seminggu selepas cubaan beliau meluluskan bill peralihan terbaru ditolak oleh majoriti ahli parlimen.

Para pelabur pound hanya memberikan reaksi yang kecil terhadap dua laporan diatas berikutan menantikan keputusan dasar terkini Fed pada hari Rabu dengan GBP/USD sehingga jam 6.35 pagi didagang sekitar 1.2858, kekal di dalam julat terendah minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: