PM UK: Perjanjian Perdagangan Bersama EU Akan Selesai Tidak Lama Lagi

PM UK: Perjanjian Perdagangan Bersama EU Akan Selesai Tidak Lama Lagi

PM UK, Boris Johnson semalam berkata perjanjian perdagangan bersama Kesatuan Eropah "akan diselesaikan tidak lama lagi" dengan draf secara keseluruha

PM UK, Boris Johnson semalam berkata perjanjian perdagangan bersama Kesatuan Eropah “akan diselesaikan tidak lama lagi” dengan draf secara keseluruhannya “cukup jelas”.

“Saya sentiasa menyokong bagi mendapatkan perjanjian perdagangan bersama rakan kami dari Eropah dan yang lain,” kata Johnson kepada wartawan.

“Draf secara menyeluruh cukup jelas. Kami hanya perlu maju dan melakukannya jika boleh. Ini yang saya katakan kepada Ursula Von der Leyen, Presiden Suruhanjaya Eroaph semalam dan dia bersetuju dengan saya”, jelas beliau.

Johnson mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas kedua-dua negara mengatakan bahawa rundingan di London mungkin dilanjutkan sehingga minggu ini dengan perbezaan terhadap beberapa isu utama masih ketara.

“Beberapa kemajuan telah dicapai, namun perbezaan yang besar masih kekal terutamanya pada isu persaingan dan perikanan,” ujar Von der Leyen dalam ciapan Twitternya.

Ketua perunding EU Michel Barnier dan UK David Forst akan meneruskan perbincangan di London pada hari ini dan akan menggandakan usaha bagi mencapai kesepakatan, kata pejabat perdana menteri UK.

Masa untuk mendapatkan perjanjian pada tahun ini semakin suntuk dengan para pembuat dasar berkata untuk melaksanakannya, perjanjian perlu dibuat sebelum pertengahan bulan ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: