Mengejutkan pasaran itulah yang boleh digambarkan daripada data ekonomi berkala berimpak tinggi (PMI UK) petang tadi jam 430 waktu Malaysia. Pakar eko
Mengejutkan pasaran itulah yang boleh digambarkan daripada data ekonomi berkala berimpak tinggi (PMI UK) petang tadi jam 430 waktu Malaysia. Pakar ekonomi menjangkakan peningkatan 49.1 daripada 48.3 data lalu. Skala atas 50 menunjukkan pengembangan, manakala bawah 50 menunjukkan penyusutan.
Jika dilihat data-data ekonomi berkala daripada UK selepas brexit, cakap-cakap bahawa ekonomi UK akan terjejas teruk apabila keluar daripada Blok Ekonomi Kesatuan Eropah semakin hari semakin pudar. Namun begitu terdapat juga rungutan beberapa syarikat besar yang berpusatkan di UK berkenaan kelembapan operasi selepas brexit
Pound melonjak kepada harga tertinggi 1.32652 berbanding Dolar Amerika daripada harga pembukaan hari ini 1.31363 iaitu hampir 140 pips selepas data PMI UK dikeluarkan petang tadi. Namun begitu para pelabur masih dilihat berhari-hati dalam membuat belian atau jualan dalam pasaran berikut penantian data pekerjaan bukan pertanian atau NFP dari Amerika yang akan dikeluarkan Jumaat nanti.
Sebarang data daripada Negara Uncle Sam yang tidak memuaskan mungkin akan meneruskan momentum pemulihan harga Pound yang menjunam selepas rakyat UK membuat keputusan untuk keluar daripada Blok Ekonomi Kesatuan Eropah
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS