PNB Kekalkan Kepelbagaian Portfolio, Tumpu Strategi Pelaburan Jangka Panjang

PNB Kekalkan Kepelbagaian Portfolio, Tumpu Strategi Pelaburan Jangka Panjang

Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus mengkaji bagaimana syarikat dapat memperuntukkan portfolio pelaburan ke dalam pelbagai kelas aset dan indust

Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus mengkaji bagaimana syarikat dapat memperuntukkan portfolio pelaburan ke dalam pelbagai kelas aset dan industri, dengan mengikuti tren dunia iaitu penggunaan teknologi hijau dan bersih di masa hadapan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata PNB ketika ini merupakan pemegang saham terbesar dalam Sapura Energy Bhd and Velesto Energy Bhd.

Di samping itu, pendedahan syarikat di dalam sektor minyak dan gas (O&G) mencapai sekitar lima peratus daripada keseluruhan portfolio.

“Pandangan kami adalah sektor O&G kini sedang berada pada kitaran terendah kerana permintaan yang berkurangan akibat wabak”, jelas beliau.

“Ini adalah kitaran industri dan selalunya kitaran tersebut akan berubah menjadi lebih baik,” katanya pada sidang media maya susulan pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 4.25 sen untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020 oleh ketua kumpulan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada hari ini.

Ahmad Zulqarnain juga menyebutkan dalam waktu terdekat, PNB akan menumpukan perhatiannya terhadap cara-cara untuk mengatasi masa-masa yang sukar dan telah melihat penambahbaikan melalui peningkatan dan kecekapan operasi, kos yang lebih efektif dan pemeliharaan nilai syarikat.

Beliau juga mengakui bahawa bagi strategi pelaburan jangka panjang, peralihan ke arah tenaga boleh diperbaharui tidak dalam dielakkan kerana kesan yang positif kepada masyarakat.

“Namun begitu, kami juga percaya peralihan perlu stabil dan beransur-ansur, memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk menyesuaikan strategi mereka dan bersama-sama dalam tren ini”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: