Polis Miri Rampas & Lupus 1,069 Mesin Lombong Bitcoin

Polis Miri Rampas & Lupus 1,069 Mesin Lombong Bitcoin

Polis Miri dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) telah melakukan operasi mengesan aktiviti perlombongan bitcoin secara haram antara Februari h

Polis Miri dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) telah melakukan operasi mengesan aktiviti perlombongan bitcoin secara haram antara Februari hingga April lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, dalam operasi bersama selama tiga bulan itu, pihak polis berjaya merampas 1,609 mesin lombong bitcoin yang bernilai RM5.3 juta.

Lapan individu turut ditahan kerana terbabti menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin dengan penggunaan tenaga elektrik yang dicuri daripada talian bekalan elektrik SEB sepanjang tempoh tersebut.

“Seramai enam individu sudah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri bekalan elektrik dan dijatuhkan hukuman denda sehingga RM8,000 dan penjara sehingga lapan bulan.

“Keemua rampasan untuk kes yang sudah diselesaikan di mahkamah itu dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri hari ini (Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan dari kecurian elektrik itu, Sarawak Energy Board (SEB) menanggung kerugian RM8.3 juta dan mengakibatkan tiga rumah terbakar pada tahun ini kerana penyambungan bekalan elektrik secara haram.

Selain itu, Hakemal juga berkata pihaknya bersama SEB Miri akan terus mempertingkatkan lagi operasi mengesan perbuatan penyambungan wayar secara haram untuk tujuan aktiviti melombong bitcoin dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: