Politik Itali Terus Menekan Euro, EUR/USD Kini Berlegar Di Zon Support 1.500

Politik Itali Terus Menekan Euro, EUR/USD Kini Berlegar Di Zon Support 1.500

Kebimbangan pelabur terhadap perkembangan politik di Itali terus menghantui pasaran Eropah selepas Claudio Borghi, ketua jawatankuasa belanjawan berka

Kebimbangan pelabur terhadap perkembangan politik di Itali terus menghantui pasaran Eropah selepas Claudio Borghi, ketua jawatankuasa belanjawan berkata Itali akan menyelesaikan masalah fiskal dengan matawang mereka sendiri.

Komen beliau telah menyebabkan hasil bon 10-tahun Itali melonjak ke paras 3.41%, kadar tertinggi sejak Mac 2014 yang lalu.

Hal ini turut menimbulkan kebimbangan terhadap limpahan kesan sampingan ke atas sektor-sektor Eropah yang lain.

Pada minggu lalu, kerajaan Itali mengumumkan defisit belanjawan melalui peningkatan perbelanjaan dan pemotongan cukai.

Namun tindakan ini akan menyebabkan had hutang Itali melepasi syarat belanjawan yang dibenarkan oleh Kesatuan Eropah (EU).

EU dijangka akan menolak pelan belanjawan Itali tersebut. Pegawai EU memberi amaran bahawa pelan Itali untuk menambah pinjaman berbillion euro bagi menunaikan perbelanjaan yang telah dijanjikan akan membawa blok Eropah ke arah krisis ekonomi.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Luigi Di Maio mengenepikan amaran tersebut dan berkata Itali tidak akan mengubah sasaran defisit belanjawan mereka.

Kelemahan euro dan pengukuhan dollar telah menarik EUR/USD jatuh 5 hari berturut-turut.

EUR/USD kini didagang sekitar harga 1.1512, susut 0.57% setakat jam 6.55 petang.

Dari sudut teknikal, support 1.5000 sedang diuji dan jika berjaya ditembusi, harga berpotensi untuk jatuh sehingga ke kawasan 1.1440/35

Zon supply terhampir pula berada sekitar paras 1.1550 dan 1.600.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: