Politik Jerman Menekan EUR/USD, Bertahan Berhampiran Penutupan Jumaat Yang Lalu

Politik Jerman Menekan EUR/USD, Bertahan Berhampiran Penutupan Jumaat Yang Lalu

Pemulihan EUR/USD pada hari Jumaat lepas yang didorong oleh kejatuhan dollar kini berhadapan semula dengan tekanan bearish pada hari Isnin. Euro di

Pemulihan EUR/USD pada hari Jumaat lepas yang didorong oleh kejatuhan dollar kini berhadapan semula dengan tekanan bearish pada hari Isnin.

Euro ditekan oleh ketidaktentuan politik di Jerman dimana Canselor Merkel dan sekutu beliau dilihat kehilangan sokongan di dalam pilihan raya Hesse.

Laporan ini memberi impak negatif kepada matawang tunggal euro berikutan kelemahan Merkel di Jerman akan menghadkan kebolehan beliau menguruskan krisis belanjawan Itali dan rundingan perjanjian Brexit.

Menteri Kewangan Autria cuma meredakan kebimbangan terhadap krisis belanjawan Itali yang cuba dikaitkan dengan krisis hutang Greek dengan menjelaskan ekonomi Itali mempunyai lebih banyak struktur berbanding Greek.

Oleh itu, hanya risk aversion daripada saham AS yang berpotensi mengubah pendirian Fed untuk mengetatkan dasar dilihat menjadi satu-satunya faktor menghadkan penurunan EUR/USD pada hari ini.

Bias teknikal kekal bearish sementara pasaran saham masih dalam keadaan bertahan, memulihkan greenback pada sesi dagangan Asia.

EUR/USD kini didagang sekitar 1.1394, susut 0.08% setakat jam 1.55 petang.

Secara teknikal, support terhampir berada di paras 1.1335 (S1), 1.1300 (S2) dan 1.1185 (S3)

Resistance pula berada di paras 1.1410 (R1), 1.1445 (R2) dan 1.1465 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: