Pos Malaysia Tamatkan Kontrak 262 Pos Rider Di Lembah Klang

Pos Malaysia Tamatkan Kontrak 262 Pos Rider Di Lembah Klang

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan fasa kedua langkah rasionalisasi program penyumberan luar Pos Rider yang melibatkan 262 penghant

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan fasa kedua langkah rasionalisasi program penyumberan luar Pos Rider yang melibatkan 262 penghantar barang di Lembah Klang pada 1 September.

Syarikat pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia itu dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat disebabkan oleh perubahan dalam pasaran pos dan kurier domestik.

Menurutnya, jumlah bungkusan terus menurun dengan ketara sementara landskap yang kompetitif telah mendorong peyedia e-dagang mewujudkan perkhidmatan penghantaran mereka sendiri

“Kami telah mengkaji operasi kami dan telah memutuskan untuk menghentikan skim Pos Rider,” jelas Pos Laju.

Sebagai menghargai jasa bekas pekerja Pos Rider, Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen-ejen ini untuk bekerja secara sambilan sekiranya terdapat peningkatan permintaan untuk pengiriman bungkusan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tawaran itu bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan kepada bekas ejen, tetapi juga dapat mengekalkan kecekapan kos Pos Malaysia.

Program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya memberi sokongan kepada kakitangan tetap kurier Pos Malaysia terutamanya ketika waktu puncak.

Fasa pertama rasionalisasi telah dilaksanakan oleh Pos Malaysia du semua negeri pada 1 Julai kecuali di Lembang Klang, Sabah dan Sarawak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: