Bekas Gabenor Bank England Mervyn King memberitahu bahawa walaupun Great Britain berhadapan dengan isu-isu politik, namun terdapat pelbagai peluan
Bekas Gabenor Bank England Mervyn King memberitahu bahawa walaupun Great Britain berhadapan dengan isu-isu politik, namun terdapat pelbagai peluang dan manafaat yang akan didapati apabila negara itu keluar dari Kesatuan Eropah.
Meryvn King amat begitu optimistik untuk keluar dari Blok Eropah lebih dari penganalisis ekonomi. Beliau mengakui dengan Brexit akan menjana lagi banyak peluang kepada negara itu dari sudut politik dan ekonomi.
Ahli-ahli bebas serta minoriti(crossbencher) yang berada dalam Bank of England menegaskan bahawa Britain hendaklah keluar terus dan membiarkan pasaran Eropah tanpa ada campur tangan dan mempersoalkan adakah relevan untuk mengekalkan kerjasama antara Eropah dan Britain yang mana aktiviti dagangan mungkin akan dihadkan.
Ahli kabinet seliaan Theresa May berpecah 2 pendirian. Satu tiada campur tangan dalam pasaran Eropah dan satu lagi menyokong mengadakan usaha sama khas antara dua kuasa ekonomi tersebut.
Ahli pro Brexit mengharapkan Britain keluar dengan tanpa ada campur tangan. Manakala yang lain memberi amaran kemungkinan akan berlaku kegawatan ekonomi jika Britain memutuskan hubungan ekonomi dengan Kesatuan Eropah.
COMMENTS