Pound Bakal Berdepan Volatiliti Yang Tinggi Berikutan Mesyuarat Tergempar EU & UK Pada Hari Ini

Pound Bakal Berdepan Volatiliti Yang Tinggi Berikutan Mesyuarat Tergempar EU & UK Pada Hari Ini

Pound dalam keadaan tenang sementara para pelabur sedang menilai adakah cubaan Britian mengubah perjanjian Brexit akan mengakibatkan EU meninggalkan

Pound dalam keadaan tenang sementara para pelabur sedang menilai adakah cubaan Britian mengubah perjanjian Brexit akan mengakibatkan EU meninggalkan meja rundingan.

Sterling mungkin akan berhadapan volatiliti yang tinggi berikutan mesyuarat tergempar yang sedang berlangsung antara Britain dan EU pada hari ini.

Setelah UK dengan tegas mengatakan bahawa mereka akan bertindak di luar undang-undang antarabangsa dengan melanggar perjanjian perceraian, para perunding EU kini sedang memikiran cara bagaimana untuk menangani ancaman tersebut.

EU boleh mengambil tindakan undang-undang jika perbincangan pada hari ini tidak meyakinkan mereka bahawa syarat perundangan UK yang baru tidak akan melanggar komitmen yang telah dipersetujui sebelumnya.

Selain itu, speaker dewan rakyat AS, Nancy Pelosi semalam berkata, sebarang perjanjian perdagangan antara EU-UK tidak akan dibincangkan di kongres jika UK mengabaikan perjanjian Good Friday untuk meninggalkan Eropah.

Perjanjian ‘Good Friday’ yang telah menamatkan konflik politik di Ireland Utara merupakan nadi kepada perjanjian Brexit, yang mana jika diabaikan akan mengakibatkan ketegangan di sempadan Irish.

Pengumuman Pelosi tersebut telah memberi bebanan kepada Britian yang berharap dapat mengikat perjanjian perdagangan bersama AS dan China selepas perbincangan mereka di Brussels.

“Walaupun dengan kejatuhan sterling baru-baru ini serta kepincangan pasaran sebelumnya, kami jangkakan hanya tahap premium risiko yang terhad telah di masukkan ke dalam mata wang, memungkinkan penurunan sterling yang lebih rendah, ”kata penganalisis ING dalam sebuah catatan kepada pelanggan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: