Pound ‘Crash’, Sentimen Hard Brexit Semakin Marak

Pound ‘Crash’, Sentimen Hard Brexit Semakin Marak

Pound Sterling (GBP) jatuh mendadak berbanding kesemua matawang yang lain semalam berikutan sentimen hard Brexit semakin kuat di bawah pentadbiran PM

Pound Sterling (GBP) jatuh mendadak berbanding kesemua matawang yang lain semalam berikutan sentimen hard Brexit semakin kuat di bawah pentadbiran PM UK yang baru, Boris Johnson.

Kerajaan UK dilaporkan sedang meningkatkan lagi persediaan mereka untuk berhadapan dengan senario no-deal Brexit pada 31 Oktober hadapan.

Retorik hard Brexit ini dimulakan oleh jawapan Micheal Gove yang dipetik daripada akhbar Sunday Times dengan mengatakan bahawa UK “perlu beroperasi dengan andaian” Brussels akan menolak untuk mengubah syarat perjanjian.

Namun kenyataan tersebut dicanggah oleh PM Boris Johnson menerusi ucapannya di Scotland dengan mengatakan bahawa beliau masih terbuka untuk berbincang bagi mendapatkan perjanjian.

Walau bagaimanapun, Johnson tidak menafikan bahawa kerajaan UK kini sedang mempersiapkan diri berhadapan dengan peralihan tanpa sebarang perjanjian.

Jurucakap PM UK juga menegaskan bahawa Boris Johnson tidak akan mengadakan rundingan empat mata bersama ketua-ketua EU sehingga mereka bersetuju untuk menggubal semula syarat perjanjian dan mengeluarkan backstop sempadan Irish.

Kesimpulan pada kenyataan yang dikeluarkan di atas telah meningkatkan kebimbangan terhadap senario hard Brexit sehingga mengelabui sentimen para pelabur.

Melihat kepada magnitud pergerakan GBP semalam, sebahagian penganalisis menjangkakan akan berlakunya pembetulan pada harga terutamanya menjelang laporan-laporan penting seperti minit FOMC, PMI, BoE dan rundingan AS-China.

Permintaan dollar dijangka meningkat sekiranya ahli FOMC menyuarakan keyakinan terhadap kedudukan ekonomi dan tidak akan menaikkan kadar faedah, sekali gus membuka laluan kepada GBP/USD untuk terus tenggelam ke paras yang lebih rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: