pound-15-1

Pound Di Paras Tertinggi Enam Minggu Selepas Sunak Menjadi PM Britian Baharu

Sterling meningkat ke paras tertinggi enam minggu semalam berikutan sentimen risiko yang bertambah baik apabila Rishi Sunak dilantik menjadi perdana menteri Britain baharu.

Manakala dolar AS pula jatuh ke paras terendah tiga minggu apabila data ekonomi AS yang lemah meredakan jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah AS pada masa hadapan.

Potensi turun naik pertukaran asing terus meningkat pada minggu minggu ini, dengan bank pusat di Zon Eropah dan Kanada dijangka menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas.

Bank Pusat Jepun (BOJ) pula akan menetapkan untuk mengekalkan kadar faedah ultra rendah untuk menyokong ekonominya yang rapuh.

Rishi Sunak menjadi perdana menteri ketiga Britain dalam tempoh dua bulan semalam, ditugaskan untuk menangani ketegangan antara parti politik dan krisis ekonomi negara.

Setakat jam 11.25 pagi, sterling stabil di paras tertinggi 15 September sekitar 1.1460 selepas mencatat peningkatan 1.63% semalam.

Bagaimanapun, sebahagian ahli ekonomi melihat peningkatan pound terhad berikutan keadaan ekonomi semasa.

Dolar AS pula secara amnya lebih lemah di tengah-tengah isyarat bahawa kenaikan kadar faedah Fed akan memperlahankan ekonomi terbesar dunia itu.

Mata wang dolar susut ke zon negatif selepas data menunjukkan harga rumah AS merosot pada bulan Ogos kerana lonjakan kadar gadai janji telah menjejaskan permintaan.

Fed dijangka menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas untuk kali keempat berturut-turut pada mesyuarat 1-2 November ini.

Indeks dolar, yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama, turun 0.83 peratus kepada 111.00 mata.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *