Pound-Dollar Sedikit ‘Flat’, Namun Kukuh Berbanding Yen

Pound-Dollar Sedikit ‘Flat’, Namun Kukuh Berbanding Yen

Indeks Harga Pengguna UK, akan diterbitkan seawal beberapa jam selepas pembukaan sesi dagangan Eropah dan London sebentar lagi. Dijangkakan indeks har

Indeks Harga Pengguna UK, akan diterbitkan seawal beberapa jam selepas pembukaan sesi dagangan Eropah dan London sebentar lagi. Dijangkakan indeks harga akan meningkat keparas 2.7/2.8% berbanding bulan lalu, masih berada di atas paras sasaran yang ditetapkan oleh BOE yang melihat ianya adalah bersifat sementara.

Data yang baik akan membantu Pound untuk terus kukuh, sekaligus mengambil kesempatan tatkala Dollar AS cuba mula untuk pulih dan Yen sedikit berundur apabila ‘risk-on’ mood kembali menguasai pasaran.

Rundingan Brexit akan bersambung pada 28 Ogos 2017, sedikit perkembangan mutakhir ini memberi kelegaan kepada perniagaan di UK. Kerajaan UK berkata mereka mahu mengekalkan perdagangan bebas birokrasi dengan Kesatuan Eropah selepas Brexit bagi satu tempoh masa tertentu atau mungkin secara kekal.

Kadar inflasi yang berada di atas tahap sasaran BOE dan Pound yang terus mengukuh adalah kombinasi faktor yang memungkinkan beberapa ahli PMC BOE merubah fikiran apabila mereka bermesyuarat sekali lagi pada bulan hadapan. Adakah pecahan undian bakal berubah menjadi 4-4 nanti?

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: