Pound (GBP) Beralih Arah, Kebimbangan Brexit Semakin Menghimpit

Pound (GBP) Beralih Arah, Kebimbangan Brexit Semakin Menghimpit

Para pelabur 'bear' kembali menguasai pound pada sesi Eropah dan NY, menekan GBP/USD jatuh lebih 110 pips menembusi support penting 1.3000. GBP/USD

Para pelabur ‘bear’ kembali menguasai pound pada sesi Eropah dan NY, menekan GBP/USD jatuh lebih 110 pips menembusi support penting 1.3000.

GBP/USD kini didagang sekitar 1.2966, susut 0.88% setakat jam 9.50 malam, naik sekitar 10 pips daripada paras terendah 1.2955 yang dicatat sekitar sejam yang lalu.

Sell-off mendadak pound didorong oleh keyakinan dan harapan pelabur untuk melihat kemajuan rundingan Brexit yang positif semakin merosot apabila terdapat gerakan yang akan mengumumkan undi tidak percaya ke atas PM UK Theresa May.

Kebarangkalian May untuk dipecat sebagai PM UK semakin meningkat selepas beliau mengumumkan pada hari Jumaat lalu bahawa UK bersedia mengugurkan syarat UK berkenaan sempadan Irish bagi mencapai perjanjian Brexit.

GBP/USD masih terdedah dengan risiko untuk terus kebawah, terutamanya selepas rundingan antara Setiausaha Brexit UK Raab dan Ketua Perundingan Brexit EU Michel Barnier pada minggu lepas berakhir dengan kekecewaan.

Tanpa sebarang data makro UK yang penting pada minggu ini, laporan berkenaan rundingan Brexit dan perkembangan ekonomi AS menjelang rate hike pada bulan Disember dilihat akan menekan pound lebih rendah.

Secara teknikal, 1.2955 (S1) menjadi paras support paling hampir, kemudian di paras 1.2944 (S2) dan 1.2920 (S3)

1.3000 (R1) pula bertukar menjadi resistance terdekat. Jika paras ini kembali ditawan, GBP/USD berpotensi pulih semula ke paras 1.3050 (R2) dan 1.3085 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: