Pound Kekal Tinggi, Ekonomi UK Pada Q1 Tumbuh Melebihi Jangkaan

Pound Kekal Tinggi, Ekonomi UK Pada Q1 Tumbuh Melebihi Jangkaan

Sterling telah mendapat manfaat dari bacaan KDNK suku pertama UK yang lebih baik dari jangkaan pada hari ini. Ekonomi UK hanya menyusut hanya 1.5%

Sterling telah mendapat manfaat dari bacaan KDNK suku pertama UK yang lebih baik dari jangkaan pada hari ini.

Ekonomi UK hanya menyusut hanya 1.5% pada tiga bulan pertama tahun ini, dipandu oleh pelaksanaan sekatan pergerakan di seluruh negara.

Selain itu, kejayaan kempen vaksinansi di UK serta kelemahan dolar AS turut membantu mendorong lonjakan GBP/USD ke paras tertinggi dua bulan pada minggu ini.

Walaupun kesan langsung data adalah terhad berikutan sekatan masih berlangsung sehingga 17 Mei, namun angka pertumbuhan Q1 itu tetap menguatkan harapan untuk melihat pemulihan ekonomi UK yang lebih lancar.

Dari prespektif teknikal, carta empat jam GBP/USD masih menunjukkan momentum peningkatan yang kukuh, didagang di atas garisan SMA 50, 100 dan 200 dengan rintangan terhampir menanti di paras tertinggi Mei sekitar 1.4160.

Fokus kini tertumpu kepada indeks inflasi CPI AS bulan April yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam yang dijangka menunjukkan peningkatan.

Ahli ekonomi mengharapkan pertumbuhan CPI yang perlahan, namun pada bacaan tahun ke tahun, peningkatan mendadak dijangkakan.

Fed sebelum ini telah mengingatkan bahawa kenaikan inflasi hanya bersifat sementara.

Namun begitu, dengan pasaran saham sedang disesuaikan mengikuti kebimbangan terhadap inflasi, bacaan Core CPI yang lebih tinggi berpotensi mendorong penjualan greenback yang lebih besar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: