Pound Masih Ditekan Sentimen Brexit?

Pound Masih Ditekan Sentimen Brexit?

GBP berundur lebih daripada 100 pips pada hari ini setelah melonjak naik hampir 800 pips sejak minggu lalu setelah sentimen 'no-deal Brexit' reda ber

GBP berundur lebih daripada 100 pips pada hari ini setelah melonjak naik hampir 800 pips sejak minggu lalu setelah sentimen ‘no-deal Brexit’ reda berikutan perkembangan positif rundingan Brexit di Brussels. Rundingan Brexit akan bersambung pada hari ini rentetan daripada beberapa sumber yang menyebut bahawa usul perjanjian Brexit Boris mungkin tidak akan mendapat sokongan parti DUP bagi masalah dan isu di sempadan Ireland.

Laporan berita turut menyebut bahawa untuk mendapatkan perjanjian Brexit dari Kesatuan Eropah adalah mudah untuk Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson tetapi beliau perlu untuk mendapatkan sokongan daripada parti DUP dan seterusnya meluluskannya melalui Parlimen. Dengan hanya kurang daripada 2 minggu sehingga waktu pengunduran UK dari Kesatuan Eropah pada 31 Oktober 2019, Boris kesuntukan masa untuk mendapatkan sokongan dan jika ia berjaya, beliau mungkin bakal mengumumkannya di Persidangan Kemuncak EU esok.

Difahamkan bahawa pasukan perunding telah bersetuju secara asasnya bahawa akan terdapatnya sempadan kastam di Laut Ireland. Aturan yang sama pernah ditolak oleh Theresa May sebelum ini sebagai perjanjian yang tidak boleh diterima oleh mana-mana Perdana Menteri British. Boris masih harus memenangi parlimen dan termasuklah Parti DUP untuk meyakinkan bahawa di bawah perjanjian itu, Ireland Utara masih berada di dalam wilayah kastam UK secara sah.

Boris akan mengadakan mesyuarat dengan ahli kabinet kerajaan pada jam 10 malam waktu tempatan. Mark Carney, Gabenor Bank of England, akan mengambil bahagian dalam perbincangan panel dan kemungkinan akan mengelak daripada berbicara mengenai Brexit. Data ekonomi UK, CPI pula akan diterbitkan pada jam 4.30 petang nanti. Data CPI UK dijangkakan meningkat sebanyak 0.1% kepada 1.8% berbanding bulan lalu. Sebarang keputusan yang berada di bawah jangkaan akan terus menekan jatuh dan menghalang kenaikan Pound pada ketika ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: