pound-5

Pound Mengukuh Dengan Jangkaan ‘Rate Hike’ Pertama BoE Tahun Ini Akan Dipercepatkan

Pound bergerak menghampiri paras tertinggi dua tahun berbanding euro, dipandu oleh jangkaan yang semakin meningkat bahawa Bank Pusat England (BoE) akan menaikkan kadar faedah bulan depan.

Hasil bon 10 dan 2 tahun kerajaan UK melonjak ke paras tertinggi dua bulan, naik enam mata asas selepas PM Johnson berkata tiada langkah baharu diperlukan bagi melawan koronavirus Omicron.

Sementara itu, pasaran kewangan telah pun menetapkan jangkaan dua kenaikan 15 mata asas kadar faedah BoE menjelang mesyuarat bulan Mac dan akhir tahun ini selepas dikejutkan dengan ‘rate hike’ pada bulan lalu.

Berbeza dengan pesaingnya yang lain, kadar faedah di AS dijangka akan dinaikkan 25 mata asas pada Mei dan dua lagi kenaikan kadar menjelang akhir 2022.

Manakala tiada ‘rate hike’ dijangkakan berlaku di Zon Eropah pada tahun ini berikutan keadaan ekonomi masih lemah dan negara masih di bawah sekatan berkaitan Covid.

“Prospek kenaikan kadar Eropah adalah sangat rendah dan prospek kenaikan di UK cukup baik,” kata ahli ekonomi kanan Mizuho, Colin Asher, yang menjangkakan BoE akan menaikkan kadar dua kali tahun ini dan terus berbuat demikian pada 2023.

Aktiviti ekonomi British secara amnya kukuh dan angka semakan smeula PMI terkini menunjukkan sektor pembuatan berkembang pada bulan Disember lebih cepat daripada yang nyatakan sebelumnya.

Pertumbuhan pekerjaan menjadi perlahan tetapi pesanan dan pengeluaran baharu meningkat pada kadar yang ebih pantas berbanding pada bulan November.

Bagaimanapun, harga yang dikenakan oleh kilang meningkat pada kadar terpantas dalam rekod, mengekalkan kebimbangan inflasi yang berterusan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *