Pound Menjunam, PM Johnson Hidupkan Kembali Risiko ‘No-deal’ Brexit

Pound Menjunam, PM Johnson Hidupkan Kembali Risiko ‘No-deal’ Brexit

Pound Sterling menjunam pada hari Isnin selepas PM UK Boris Johnson memicu kembali kebimbangan pasaran terhadap risiko peralihan tanpa sebarang perja

Pound Sterling menjunam pada hari Isnin selepas PM UK Boris Johnson memicu kembali kebimbangan pasaran terhadap risiko peralihan tanpa sebarang perjanjian.

Sehingga penutupan sesi dagangan yang lalu, nilai pound susut hampir 1.0 peratus berbanding dolar AS dan 0.8 peratus berbanding euro.

Johnson telah menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh akhir untuk mengikat perjanjian perdagangan pasca-Brexit dengan Kesatuan Eropah, menimbulkan semula keraguan terhadap potensi keluar “tanpa perjanjian” jika rundingan gagal.

“Jika kita tidak boleh mencapai kesepakatan pada waktu itu, maka saya tidak melihat akan ada perjanjian perdagangan bebas antara kita,” kata Johnson, sambil menegaskan bahawa ianya masih membawa “hasil yang baik” untuk Britain.

Sementara itu, Financial Times melaporkan bahawa Johnson sedang merangka sebuah perundangan untuk menggantikan sebahagian perjanjian peralihan yang dipersetujui oleh Britain dan EU pada tahun lalu.

FT juga menyebutkan rang undang-undang tersebut akan dibahas di parlimen pada minggu ini dan dijangka menjejaskan perjanjian yang berkaitan dengan kastam dan bantuan kepada Ireland Utara.

Pihak UK mengatakan bahawa mereka sedang “bekerja keras untuk menyelesaikan isu protokol Ireland Utara”, namun tetap mempertimbangkan “alternatif lain”.

Ketua EU Ursula von der Leyen pula memperingatkan bahawa Britain wajib secara undang-undang untuk menghormati perjanjian peralihan Brexit, yang harus menjadi dasar hubungan dua hala untuk maju kehadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: