Pound Menyusut Dengan Halangan Baru Rundingan Fasa Kedua Brexit

Pound Menyusut Dengan Halangan Baru Rundingan Fasa Kedua Brexit

Prestasi Sterling (GBP) adalah yang terburuk pada hari Jumaat, jatuh berbanding greenback (USD) yang masih dalam kekeliruan tanpa hala tuju yang jelas

Prestasi Sterling (GBP) adalah yang terburuk pada hari Jumaat, jatuh berbanding greenback (USD) yang masih dalam kekeliruan tanpa hala tuju yang jelas. Penyusutan mendadak GBP masih diselebungi isu ketidaktentuan Brexit.

GBP/USD didagang sekitar harga terendah $1.3340, menembusi paras signifikan 1.3400 dengan fokus pelabur kini beralih semula kepada isu Brexit. Kebuntuan dalam rundingan Brexit berkenaan bill peralihan akhirnya terlerai dan pegawai tertinggi EU secara rasmi bersetuju untuk membawa rundingan masuk ke fasa kedua.

Walau bagaimanapun, hal ini seperti indah khabar dari rupa apabila kuasa penuh rundingan atau rangka perjanjian bukan lagi terletak di atas bahu Perdana Menteri UK, Theresa May.

Pembuat dasar UK telah meluluskan satu undang-undang dimana pembabitan dewan perlimen sebagai satu badan yang akan meluluskan sebarang perlaksanaan perjanjian Brexit selepas ini.

Dalam pertimbangan pegawai-pegawai EU, jika sebarang perjanjian dicapai, ianya tidak akan diperbincangkan lagi. Hal ini bermaksud sekiranya perlimen UK tidak bersetuju, May mungkin akan terus terhimpit dalam situasi yang sukar.

UK yakin bahawa perbincangan fasa kedua adalah mengenai perdagangan, namun wakil EU masih tidak pasti waktu atau tarikh perjanjian ini akan dicapai sebelum peralihan sebenar berlaku pada Mac 2019, sekaligus menimbulkan ketidaktentuan semula dalam isu Brexit ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: