Pound Sterling telah jatuh berbanding dollar dua hari berturut-turut didorong oleh data ekonomi yang mengecewakan, hasil bon yang dan jangkaan rate hi
Pound Sterling telah jatuh berbanding dollar dua hari berturut-turut didorong oleh data ekonomi yang mengecewakan, hasil bon yang dan jangkaan rate hike semakin rendah.
Kini GBP hanya mengharapkan satu-satunya laporan pada hari ini untuk pulih, iaitu peningkatan pada data Jualan Runcit UK.
Para pelabur mengharapkan perbelanjaan pengguna UK yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang nanti menunjukkan bacaan yang melebihi jangkaan -0.5%. Namun jika sebaliknya berlaku, momentum bullish GBP/USD akan berakhir.
Dengan pertumbuhan harga pengguna (CPI) bergerak perlahan pada bulan Mac ke paras 0.1% daripada 0.4%, dan kadar purata pendapatan mingguan kekal di paras 2.8%, penyusutan jualan runcit bulan Mac di bawah 0.6% berpotensi mendorong Bank Pusat England (BoE) untuk menangguhkan rate hike mereka pada bulan hadapan.
Price in pasaran kepada pengetatan dasar BoE turun daripada 87.5% (Jumaat lalu) kepada 83%.
Sebahagian penganalisis walau bagaimana tidak melihat BoE akan terus melupakan pengetatan dasar jika tiada perubahan pada bulan Mei.
Hal ini kerana masih terdapat dua laporan yang boleh mengubah pendirian ahli MPC sebelum mesyuarat seterusnya dilakukan iaitu laporan Inflasi BoE dan kenyataan sidang media selepas keputusan Mei dikeluarkan.
Selepas laporan jualan runcit, pertemuan ahli MPC BoE masih berbaki tiga minggu oleh itu bacaan jualan runcit lemah tetap dilihat akan menghambat GBP/USD jatuh ke paras $1.41
COMMENTS