Pound Sterling: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016

Pound Sterling: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016

Minggu yang cemerlang buat Pound! Itu yang dapat dirumuskan dengan Pound berbanding majoriti mata wang utama dunia. Walaupun dengan ketidaktentuan pas

Minggu yang cemerlang buat Pound! Itu yang dapat dirumuskan dengan Pound berbanding majoriti mata wang utama dunia. Walaupun dengan ketidaktentuan pasaran sempena pilihan raya presiden Amerika Syarikat. GBPUSD dan GBPJPY bagai jongkang jongket di taman permainan ketika proses penjumlahan undian elektoral presiden US.

 

Pound Sterling ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata minggu lalu. Pound berbanding Dolar Amerika mula diniagakan pada harga 1.24496, mencatat harga terendah 1.26727 dan ditutup niaga pada paras 1.25926. GBPJPY pula mencatat harga terendah mingguan 126.700 sebelum menokok dengan banyak dan ditutup niaga pada 134.251 iaitu pengukuhan hampir 800 pips.

 

Minggu hadapan, 3 laporan berkala makroekonomi berimpak tinggi dari UK akan dikeluarkan iaitu CPI y/y ataupun laporan inflasi tahunan pada hari Selasa jam 5.30 petang waktu Malaysia, diikuti dengan Indeks Purata Pendapatan 3 bulan dan Laporan Tuntunan Faedah Pengangguran Oktober pada jam 5.40 petang, dan yang terakhir sekali data Jualan Runcit bagi Oktober pada Khamis jam 5.30 petang juga. Segala data yang positif sudah pasti akan meneruskan momentum pemulihan Pound yang telah mencatat harga terendah 31 tahun bulan lalu.

 

Pada hari Selasa jam 5.30 petang waktu Malaysia, Gabenor Bank of England, Mark Carney akan membentangkan laporan inflasi sukuan ketiga di hadapan Parliment’s Tresury Commitee. Laporan ini penting kerana memberi gambaran bagi menentukan unjuran hadapan polisi kewangan BOE.

 

Secara teknikal pula, GBPUSD secara keseluruhan sudah mula berada dalam mode belian dalam dagangan dengan harga penutup minggu lalu sudah mengatasi harga tertinggi munggu lalu. Indikator RSI 14 pada Time Frame harian sudah naik melepasi paras 50 yang menunjukkan momentum belian yang baik. Dalam Time Frame 1 Jam dan 4 Jam pula harga penutup minggu ini sudah berada dia atas Senkou Span yang mungkin menunjukkan momentum belian yang baik akan diteruskan minggu hadapan

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: