Pound Tepu Dalam Jualan, Sekarang Masa Yang Sesuai Untuk Belian?

Pound Tepu Dalam Jualan, Sekarang Masa Yang Sesuai Untuk Belian?

'Aftermath Brexit', Pound dilihat sangat sukar untuk pulih akibat jualan berterusan oleh pelabur yang kurang yakin dengan situasi ekonomi UK apabila k

‘Aftermath Brexit’, Pound dilihat sangat sukar untuk pulih akibat jualan berterusan oleh pelabur yang kurang yakin dengan situasi ekonomi UK apabila keluar daripada EU.

Ramai yang menyangka, UK sudah pun keluar daripada EU tapi hakikatnya proses Brexit itu belum pun bermula! Artikel 50 yang sepatutnya dibentangkan oleh UK masih pun belum diketahui apa kandungannya dan belum pun diserahkan kepada kaunsel EU sebagai permulaan proses kepada Brexit.

Tiada ‘economic indicator’ yang mampu untuk melonjakkan Pound pada ketika ini, walaupun data daripada sektor perkhidmatan menunjukkan beberapa peningkatan. Angka-angka daripada sektor perkhidmatan ini sangat penting kerana ianya merangkumi 80% keluaran dalam negara kasar (GDP).

Pada Khamis dan Jumaat ini, medium impact news data akan dikeluarkan iaitu ‘Mortgage Approvals’, ‘Consumer Credit’ dan juga GDP. Sebarang data positif mungkin mampu memulihkan Pound sedikit.

Dari sudut teknikal, Pound jelas dilihat agak “compressed”, namun dagangan masih dalam “mood” berhati-hati kerana sebarang ‘breakout’ yang signifikan mampu menggerakkan pasaran lebih jauh ke atas atau ke bawah. Saya sendiri dapat merasa betapa geramnya trader-trader di luar sana menunggu Pound untuk timbul dari dasar.

‘Bias’ saya masih kepada belian Pound untuk jangka masa panjang atas dasar pandangan saya sendiri dalam melihat keupayaan ekonomi UK sendiri tanpa berada di dalam EU.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: