Pound Terus Ditekan Dengan Ketidaktentuan Rundingan Brexit

Pound Terus Ditekan Dengan Ketidaktentuan Rundingan Brexit

Wakil daripada 27 negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) telah mula membincangkan bagaimana peralihan akan dilakukan selepas UK keluar daripada blok 17

Wakil daripada 27 negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) telah mula membincangkan bagaimana peralihan akan dilakukan selepas UK keluar daripada blok 17 bulan daripada sekarang.

Antara hal yang membimbangkan pasaran adalah kegagalan London untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh EU pada bulan depan bagi membuka lebih banyak peluang perbincangan di masa hadapan.

Jerman dan Perancis memohon Perdana Menteri Britian, Theresa May untuk besetuju dengan perjajian peralihan yang menuntut Britian untuk membayar hutang berjumlah puluhan billion Euro sebelum rundingan diteruskan ke fasa yang kedua.

Hal ini akan menyebabkan rundingan mungkin akan terus tertangguh sehingga tahun depan, meningkatkan risiko peralihan para peniaga untuk keluar daripada UK berikutan jangkaan yang tidak jelas terhadap perkara yang akan berlaku selepas Mac 2019.

Pound terus lemah berbanding matawang utama yang lain dengan GBP/USD menyusut ke paras 1.3100 setakat jam 10.25 malam, susut hampir 50 pip daripada paras tertinggi harian walaupun sentimen USD melemah pada malam ini.

USD terus tertekan selepas data tuntuan insurans pengangguran Amerika pada minggu lalu melonjak 239k, melebih jangkaan dan bacaan minggu sebelumnya.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kekal di bawah pembukaan harian, susut 0.08% kepada 94.69

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: