Pound: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24-28 Oktober 2016

Pound: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24-28 Oktober 2016

Minggu lalu Pound berbanding Dolar Amerika bermula diniagakan pada harga 1.21540, mencatat harga tertinggi 1.23312, 1.21351 harga terendah mingguan da

Minggu lalu Pound berbanding Dolar Amerika bermula diniagakan pada harga 1.21540, mencatat harga tertinggi 1.23312, 1.21351 harga terendah mingguan dan ditutup pada paras 1.22269. GBPJPY pula ditutup lebih tinggi sedikit daripada harga buka mingguan.

 

Daripada laporan makroekonomi pula, secara keseluruhannya minggu lalu, laporan data berkala menunjukkan laporan positif. Indeks harga pengguna September berada pada paras 1% berbanding 0.6% pada bulan Ogos. Bilangan orang yang menuntut faedah tidak bekerja pula menurun dengan agak banyak berbanding bulan Ogos.

 

Walaupun data-data makroekonomi yang dibentangkan menunjukkan ekonomi UK yang lebih baik, pasaran masih dalam tekanan dalam jualan berikutan kebimbangan risiko “Hard Brexit”. Tekanan dalam jualan ini menyebabkan pemulihan Pound yang terhad sejak susut nilai mengejut 7 Oktober lepas atau lebih mudah difahami “GBP Crash”.

 

Minggu hadapan iaitu 24-28 Oktober, tidak banyak laporan berkala makroekonomi dari UK akan dilaporkan. Gabenor Bank of England, BOE Mark Carney akan memberikan pandangan beliau berkenaan kesan-kesan Brexit terhadap ekonomi UK di hadapan House of Lords Economic Affairs Committee pada selasa 25 Oktober jam 10.35 malam waktu Malaysia. Ketika Mark Carney berucap nanti dijangkakan ketidaktentuan harga Pound akan berlaku hinggalah pasaran menghadam tona ucapan beliau.

 

Pada hari Khamis 27 Oktober jam 4.30 petang waktu Malaysia pula, laporan awal KDNK sukuan ketiga pula akan dilaporkan. Pasaran menjangkakan 0.3% berbanding KDNK sukuan kedua pada angka 0.7%. KDNP sukuan ketiga ini boleh dikatakan memberi gambaran awal kesan Brexit pada ekonomi UK. Sebarang data mengecewakan dijangkakan akan memberikan lebih banyak tekanan dalam jualan Pound Sterling.

 

Secara teknikal pula, GBPUSD secara keseluruhan masih dalam trend menurun di Time Frame bulanan dan mingguan. Namun terdapat beberapa CSR di Time Frame harian dan 4 jam.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: