Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/04-07/04/2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/04-07/04/2017

Pound terus cemerlang itu yang boleh disimpulkan sejak 3 minggu lalu. Pengukuhan ini agak mengejutkan kerana ianya di tengah-tengah kebimbangan Brexit

Pound terus cemerlang itu yang boleh disimpulkan sejak 3 minggu lalu. Pengukuhan ini agak mengejutkan kerana ianya di tengah-tengah kebimbangan Brexit. OHLC W1 GBPUSD tercatat sebagai 1.24903, 1.26147, 1.23759, 1.25465.

 

Pound bermula lemah berbanding Dolar AS dengan Gap ke bawah pada harga 1.24903 pada hari Isnin. Pada hari Selasa GBPUSD menjunam ketika PM UK, Theresa May berucap selepas Duta Besar UK ke EU menyerahkan nota rasmi pengaktifan Perjanjian Lisbon. Namun junaman ini tidak bertahan lama dan Pound mengukuh semula bermula Khamis hinggalah saat-saat akhir pasaran New York. Pengukuhan GBPUSD pada hari Jumaat telah dipacu oleh terbitan data Akaun Semasa UK yang jauh melangkaui jangkaan pasaran.

 

Minggu depan, merupakan minggu NFP daripada AS. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan dimulakan dengan ISM Manufacturing PMI pada hari Isnin. Ini diikuti dengan ADP Non-Farm Employment Changes dan ISM Non-Manufacturing Changes pada hari Rabu. Khamis pula akan diterbitkan Unemploments Claims. Dan set data NFP iaitu Average Hourly Earnings m/m, NFP, dan Unemployments Rate akan diterbitkan Jumaat dam 8.30 malam. Sebarang sentimen positif daripada data berkala ini akan membuatkan GBPUSD menyusut ke harga lebih rendah. Awal pagi Khamis, FOMC akan mengeluarkan Minit Mesyuaratnya yang terkini. Minit ini harus diperhalusi nadanya sama-ada Dovish atau Hawkish.

 

Daripada UK sendiri tidak kurang meriahnya data berkala yang akan diterbitkan. Manufacturing PMI, Construction PMI, Serices PMI, dan Manufacturing Production m/m  akan diterbitkan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Jumaat. Jika data berimpak tinggi ini terus menunjukkan momentum yang baik, sentimen belian Pound ini dijangkakan berterusan. Di samping data High Impact, data berimpak sederhana Halifax HPI m/m, dan Good Trade Balance juga berpeluang menambah sentimen belian Pound jika ianya jauh melangkaui sasaran.

 

Paras teknikal SBR terdahulu adalah 1.25690, 1.26150 dan 1.26555. Terdapat dua Trendline yang boleh dijadikan panduan dagangan seperti dalam rajah di bawah. Jika harga dapat ditutup dengan jayanya di atas kedua-dua Trendline  tersebut, ada kemungkinan GBPUSD terus terbang ke harga yang lebih tinggi. Dua Trendline ini dijangkakan akan mengehadkan kenaikan GBPUSD. Sebarang penurunan berkemungkinan akan singgah di RBS di 1.25310, 1.24900, 1.24435, dan 1.24115.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: