Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017

Ulasan Minggu Lalu Pound ditutup niaga sangat kukuh minggu lepas berbanding Dolar AS. CS W1 Bullish dengan OHLC 1.27341, 1.30292, 1.27053, 1.30280.

Ulasan Minggu Lalu

Pound ditutup niaga sangat kukuh minggu lepas berbanding Dolar AS. CS W1 Bullish dengan OHLC 1.27341, 1.30292, 1.27053, 1.30280. Ini bermakna pengukuhan lebih kurang 290 pips daripada harga pembukaan mingguan minggu lalu. Pengukuhan ini tidaklah begitu mengejutkan kerana sejak mesyuarat penetapan kadar faedah daripada BOE, Pound mengukuh dengan amat baik.

 

Fundamental Ringkas 03/07-07/07/2017

4 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada London akan diterbitkan minggu hadapan membawa maksud minggu yang sibuk bagi Pound Sterling. Ini dimulai dengan Manufacturing PMI (Isnin), Construction PMI (Selasa), Services PMI (Rabu) dan Manufacturing PMI (Jumaat). Tambah menarik pula apabila Gabenor BOE, Carney akan membuat dua ucapan yang sememangnya dinantikan pasaran. Setiap ucapan Carney sentiasa dinanti sejak kali terakhir beliau berucap, beliau telah merubah nada beliau kepada Hawkish.

 

Daripada AS, minggu hadapan merupakan minggu NFP. Namun minggu NFP ini akan dimulai dengan ISM Manufacturing PMI pada hari Isnin jam 10 malam waktu Malaysia. FOMC juga akan mengeluarkan Minit Mesyuaratnya yang lalu pada awal pagi Khamis jam 2pagi. Selain itu ADP Non-Farm Employment Change, Unemployment Claims dan ISM Non-Manufacturing PMI juga akan diterbitkan bermula ham 8.15 pada hari yang sama. Jumaat NFP agak menarik kerana selain set data NFP yang diterbitkan, FEDS juga akan mengeluarkan Fed Monetary Policy Report pada jam 11.00 malam. Sebarang sentimen positif melalui data ekonomi daripada AS akan melegakan jualan Dolar AS sejak awal tahun ini dan membuatkan GBPUSD membuat pembetulan harga ke lebih rendah

 

Risiko Pasaran

Sehingga penutupan pasaran minggu lalu, sentimen belian Pound Sterling dijangkakan berterusan kerana BOE sudah merubah pendirian kepada Hawkish dan ini disokong oleh gabenor BOE sendiri. Dalam kenyataan FED Chair Yellen yang lalu, beliau begitu optimistik dalam menaikkan sekali lagi kadar faedah tahun ini. Pasaran melihat beliau terlalu optimistik mungkin kerana data makroekonomi daripada AS tidak meyakinkan sejak akhir-akhir ini. Sebarang silap percaturan daripada The Feds boleh membuatkan GBPUSD terus menokok. Mesyuarat Negara G20 yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu minggu hadapan dijangkakan akan memberikan sedikit ketidaktentuan dalam pasaran yang berkemungkinan akan menyebabkan pembetukkan Gap kelak.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

SBR terhampir ketika ini adalah di 1.3050, 1.3100, dan 1.31500. Sebarang pembetulan pasaran mungkin akan cenderung singgah di RBS terhampir di 1.3000, 1.2950, dan 1.2900. Juga kelihatan GBPUSD sudah berada di atas Trendline seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Di TF Monthly, CS Jun yang baru lengkap sudah menunjukkan CSP Bullish Pinbar. Ini mungkin membawa makna bahawa GBPUSD akan cuba menguji harga terendah dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke utara.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: