Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Pound Sterling ditutup lemah berbanding Dolar Amerika minggu lalu. Walaupun Dolar melemah sepanjang minggu lalu, Pound masih tidak dapat mengambil kes

Pound Sterling ditutup lemah berbanding Dolar Amerika minggu lalu. Walaupun Dolar melemah sepanjang minggu lalu, Pound masih tidak dapat mengambil kesempatan atas kelemahan Greenback. Pada satu ketika hari Rabu, GBPUSD sangat menghampiri paras terendah bagi 31 tahun di harga 1.20370. Paras terendah 31 tahun telah dicatatkan pada 1.20257 ketika Flash Crash 07/10/2016.

 

Walaupun data ekonomi daripada UK boleh dikatakan agak baik minggu lalu, namun statistik semata-mata bukanlah yang memacu turun naik kekuatan Pound. Tekanan jualan Pound besar kemungkinan disebabkan kebimbangan Brexit yang kembali memuncak.

 

Minggu hadapan, PM UK Theresa May akan bercakap berkenaan pengaktifan Artikel 50 Perjanjian Lisbon di London pada masa yang belum ditetapkan. Dipercayai May akan bercakap mengenai strategi Brexit beliau, sama ada kekal bersama akses pasaran tunggal Eurozone atau bersama Custom Union selepas Brexit. Gabenor Bank of England BOE, Mark Carney juga akan memberikan sedikit ucapan bertajuk “Policy Issue Affecting the Bank of England” di London School of Economics pada jam 2.30pagi hari Selasa. Ucapan Carney amat penting untuk diperhalusi kerana beliau mengetuai BOE yang mengawal segala polisi kewangan UK.

 

Melihat pada data ekonomi berimpak tinggi daripada UK, CPI y/y, Average Earnings Index 3m/y, Claimant Count Change, dan Retail Sales m/m dijadualkan diterbitkan pada hari Selasa, Rabu, dan Jumaat. Sebarang data yang positif dipercayai akan meredakan sedikit tekanan jualan Pound ketika ini. Persidangan tahunan World Economic Forums dijadualkan berlangsung sepanjang minggu hadapan di Switzerland, komen-komen brexit sudah pasti akan kedengaran dan ini boleh menambah sentimen kebimbangan Hard Brexit.

 

Fed Chair Yellen pula akan berucap di Commonwealth Club di San Francisco jam 4.00pagi hari Khamis. Para pelabur sudah semestinya menantikan ucapan Yellen ini kerana Yellen merupakan pengerusi FOMC yang mengawal setiap polisi ekonomi FOMC. Yellen juga akan membuat satu lagi penampilan dan ucapan hari Jumaat jam 9.00pagi di Stanford Institute for Ecnomic Research. Jangan dilupakan juga CPI m/m, Core CPI m/m, Building Permits, Philly Fed Manufacturing Index, dan Unemployments Claims yang akan diterbitkan bermula pada hari Rabu dan Khamis daripada US.

 

Melihat aspek teknikal, harga Support terdekat letaknya di 1.21670, 1.21330, 1.20880 dan 1.20370. untuk pengetahuan umum, harga terendah bagi 31 tahun dicatat pada subuh 07/10/2016 ketika Flash Crash yang masih belum dipastikan sebab sebenar berlaku (Broker XM.com 1.20257). Paras Resistant pula berada di 1.2275, 1.22720, 1.23224, dan 1.23745. Paras SNR ini disemak di H4.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: