Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Minggu lalu kekuatan Dolar Amerika minggu lalu menekan harga GBPUSD ke bawah. Walaupun Gabenor Bank of England, BOE Mark Carney cuba menenangkan pasar

Minggu lalu kekuatan Dolar Amerika minggu lalu menekan harga GBPUSD ke bawah. Walaupun Gabenor Bank of England, BOE Mark Carney cuba menenangkan pasaran dengan mengunjurkan yang kadar inflasi masih akan meningkat walaupun berlaku penyusutan kadar inflasi tahunan terkini. Kata-kata Mark Carney itu menggambarkan yang BOE tidak akan menambah rangsangan fiskal dalam masa terdekat. Secara keseluruhannya data berkala makroekonomi dari UK minggu lalu boleh dikatakan agak baik.

 

Mula diniagakan minggu lalu pada 1.25636 dengan harga tertinggi 1.25915, mencatat harga terendah 1.23012 dan ditutup diagakan pada 1.23433. Penyusutan kira-kira 230 pips ini disebabkan Dolar Amerika yang terlalu kuat sejak Trump memenangi pilihan raya presiden US. Prestasi Pound Sterling berbanding kebanyakan mata wang utama dunia boleh dikatakan agak baik prestasinya minggu lalu. Pound mengukuh berbanding Yen, Aussie, Swiss Franc, Euro dan banyak lagi mata wang utama dunia.

 

Jumaat minggu hadapan jam 5.30 petang waktu Malaysia, tumpuan perlu diberikan kepada laporan KDNK yang disesuaikan dengan inflasi daripada London. Pasaran menjangkakan tiada perubahan daripada data KDNK yang disesuaikan itu. Namun apa-apa data yang lebih baik dijangkakan akan memulihkan harga GBPUSD ke arah lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya.

 

Secara teknikal, GBPUSD masih ada ruang untuk melakukan pembetulan pasaran di paras Resistant 1.2435 iaitu sempadan Senkou Span Ichimoku Cloud. Jika kekuatan Dolar Amerika daripada minggu lalu berterusan minggu hadapan, berkemungkinan GBPUSD akan menguji semula paras Support 1.2230.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: