Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Pembukaan pasaran 16 Januari 2017 menyaksikan GBPUSD telah dibuka lebih rendah daripada harga Flash Crash 07 Oktober 2016. Namun Pound mula pilih sema

Pembukaan pasaran 16 Januari 2017 menyaksikan GBPUSD telah dibuka lebih rendah daripada harga Flash Crash 07 Oktober 2016. Namun Pound mula pilih semasa menantikan PM UK memberikan ucapan Brexit beliau. Theresa May berjaya menenangkan pasaran dalam ucapan Brexit beliau dan Pound terus pulih berbanding Greenback sehinggalah hari terakhir dagangan minggu lepas.

 

Pergerakan harga tertinggi dan terendah GBPUSD bagi CS W1 adalah lebih kurang 430pips. CS W1 adalah Bullish dan harga penutup pasaran minggu lalu adalah tertinggi bagi 4 minggu. Data OHLC W1 bagi GBPUSD adalah 1.19999, 1.24160, 1.19860, 1.23735.

 

Buat peminat GBPUSD, hari Selasa 24/01/2017 kira-kira jam 5.30 petang waktu Malaysia, Mahkamah Tinggi UK akan membuat pertimbangan sama ada Artikel 50 boleh diaktifkan tanpa kelulusan parlimen UK. Apa-apa keputusan Mahkamah Tinggi UK ini semestinya dijangka menggerakkan kekuatan Pound sepanjang minggu hadapan dan minggu-minggu mendatang. Prelim GDP q/q juga diterbitkan daripada UK pada jam 5.30 petang. Pasaran mengunjurkan perkembangan 0.5% daripada data keluaran lalu pada 0.6%

 

Daripada US, 3 data berkala ekonomi berimpak tinggi akan dikeluarkan. Unemployment Claims, Advance GDP q/q, dan Core Durable Goods Orders m/m akan diterbitkan minggu hadapan. Sementara itu US Bureau of Economic Analysis telah menilai semula data lalu Advance GDP q/q kepada 3.5% berbanding 2.9% data yang diterbitkan pada 28/10/2016. Sebarang data yang lebih positif dari US dijangkakan akan menekan GBPUSD ke bawah ditambah lagi dengan ketidaktentuan Brexit yang masih belum reda.

 

Secara teknikal, RSI14 di D1 sudah berada di zon belian (atas paras 50). Resistant terdekat bagi GBPUSD letaknya di 1.24135, 1.24940, 1.25690, dan 1.26725. Menurut indikator Bollinger Bands di D1, harga penutupan pasaran GBPUSD minggu lepas sudah berada di atas Mid BB yang membawa maksud belian sudah mendominasi GBPUSD. Jika Pound membuat pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, 1.23325, 1.22720, 1.2275, dan 1.21890. Paras harga Support psikologi yang perlu dipecahkan bagi meneruskan perjalanan ke bawah adalah 1.21330

 

Dengan Donald Trump yang sudah secara rasmi menjawat jawatan presiden US ke-54, dijangka pasaran mata wang akan lebih berada dalam ketidaktentuan kerana sifat Trump yang sukar dijangka. Sebelum menjawat jawatan presiden, Trump sering menggunakan aplikasi Tweeter bagi membuat komen-komen panas. Tweet-tweet Trump sering menggerakkan harga pasaran saham dan pasaran mata wang.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: