Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24/04-28/04/2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24/04-28/04/2017

Ulasan Minggu Lalu GBPUSD sangat cemerlang minggu lepas dengan beza harga pembukaan dan penutupan adalah sehingga 270pips. Harga penutup minggu lal

Ulasan Minggu Lalu

GBPUSD sangat cemerlang minggu lepas dengan beza harga pembukaan dan penutupan adalah sehingga 270pips. Harga penutup minggu lalu merupakan tertinggi sejak Flash Crash 02/10/2016. OHLC W1 dicatatkan sebagai 1.25266, 1.29049, 1.25141, 1.28059.

 

Peningkatan GBPUSD minggu lalu paling banyak adalah ketika Theresa May melakukan sidang media khas pengumuman cadangan pembubaran parlimen dan pilihan raya awal bagi UK. Ulasan ringkas sidang media itu boleh dibaca di https://www.ctc.fm/theresa-may-unity-westminister/. Walaupun data jualan runcit bulan Mac mencatatkan angka agak buruk dan jauh tersasar daripada jangkaan, ini tidak dapat banyak merangsang jualan dalam dagangan GBPUSD

 

Fundamental Ringkas Minggu Hadapan (24/02-28/04)

Daripada London, Prelim GDP q/q akan diterbitkan pada hari Khamis jam 4.30petang waktu Malaysia. Pasaran menjangkakan data pada angka 0.4% daripada data sebelumnya 0.6% pada sukuan yang lalu. Sebelum itu pada hari Selasa Public Sector Net Borrowing akan dikeluarkan. Ini merupakan data yang berimpak sederhana sahaja. Namun jika angka yang diterbitkan sangat baik, GBPUSD berpeluang untuk terus menokok.

 

Daripada AS, terbitan 4 Data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS yang hanya bermula Selasa. Bermula dengan CB Consumer Confidence, diikuti dengan Core Durable Goods Orders m/m, Unemployment Claims, dan Advence GDP q/q. Sebarang sentimen USD yang positif dipercayai akan membuatkan GBPUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah. Apa yang menarik adalah Advance GDP q/q terbitan lalu telah disemak semula kepada 2.1% iaitu sedikit peningkatan daripada yang sebenar bagi terbitan lalu.

 

Risiko Pasaran (24/04-28/04)

Ketegangan geopolitik di semenanjung Korea dan Syria masih belum reda sepebuhnya dan ini bermakna pasaran masih belum betul-betul keluar daripada mode Risk-Off. Pasaran masih menghadam keputusan pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis, ini mungkin akan menyebabkan belian dalam dagangan bagi Dolar AS mungkin agak terhad buat sementara waktu dan Pound boleh mengambil kesempatan buat sementara. Namun Diingatkan juga bahawa parlimen UK akan dibubarkan dan pilihan raya umum UK bakal berlangsung selepas pembubaran parlimen UK. Seperti di mana-mana negara pilihan raya umum sering kali membawa ketidaktentuan dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan (24/04-28/04)

Sebarang pembetulan pasaran ke harga lebih rendah mungkin cenderung singgah di RBS 1.27740, 1.27200 dan 1.26730. Terdapat juga Divergence terbentuk di D1 yang menguatkan andaian GBPUSD akan bergerak ke harga lebih rendah dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke harga lebih tinggi. SBR terhampir letaknya di 1.28584, 1.29105 dan 1.29545.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: