Pound ditutup lemah berbanding Dolar Amerika bagi 3 minggu berturut-turut! Itulah penangan kekuatan Dolar ditambah dengan sentimen ketidaktentuan Brex
Pound ditutup lemah berbanding Dolar Amerika bagi 3 minggu berturut-turut! Itulah penangan kekuatan Dolar ditambah dengan sentimen ketidaktentuan Brexit yang kembali menghantui UK. Pound menjunam ke paras terendah 1.22275 ketika di waktu niaga New York Jumaat lalu setelah dibuka pada harga 1.24790 pada hari Isnin. Harga penutupan adalah 1.22837 yang merupakan bagi terendah bagi 7 minggu GBPUSD.
Walaupun data berkala berimpak tinggi daripada UK agak baik pada hari Jumaat, ianya tidak dapat menahan daripada Pound terus melemah berbanding Greenback. Secara keseluruhan di TF W1 GBPUSD membentuk CS Bearish minggu lalu. Penyusutan Pound ini disebabkan tekanan akibat ketidaktentuan geopolitik UK yang kembali bimbang dengan Hard Brexit. Hard Brexit pernah diulas dalam artikel https://www.ctc.fm/hard-brexit-soft-brexit-apa-tu/.
Minggu hadapan merupakan minggu senyap bagi terbitan data berkala berimpak tinggi daripada UK kecuali 3 data berimpak kecil pada hari Rabu, Khamis, dan Jumaat. Bank UK dan US akan bercuti pada Isnin dan Selasa bersempena Boxing Day dan Krismas. Namun 2 data berkala berimpak tinggi akan dikeluarkan. CB Consumer Confidence pada Selasa jam 11 malam, Unemployment Claims jam 9.30 malam hari Khamis. CB Consumer Confidence dijangkakan meningkat kepada 109.9 berbanding 107.1 data lalu. Tuntutan tidak bekerja atau Unemployment Claims diunjurkan meningkat sedikit kepada 277K berbanding 275K orang. Unjuran sebegini sememangnya dijangkakan ketika menghampiri cuti Krismas.
Secara teknikal di TF H4, harga Resistant 1.23300 perlu ditembusi bagi memulakan Uptrend jangka pendek ke arah harga 1.23895, 1.24430, dan 1.25115. Disokong dengan sentimen kebimbangan Hard Brexit, dijangkakan GBPUSD akan terus merosot bagi menguji paras Support 1.22260 seterusnya 1.21700 dan 1.21130. Menggunakan teknikal Ichimoku Kinko Hyo di TF D1, harga penutup minggu lalu sudah berjaya menerobos awan yang menggambarkan konsolidasi di D1 sudah berakhir dan berkemungkinan GBPUSD akan terus menuju ke bawah. Penyemakan menggunakan teknikal BBMA pula, Setup Reentry Sell Weekly telah berlaku pada 3 CS W1 lepas. Sebarang kenaikan minggu hadapan berkemungkinan merupakan Setup Reentry Sell di TF lebih kecil. Terdapat kemungkinan juga GBPUSD akan Sideway minggu hadapan kerana pasaran masih dalam mood cuti Krismas.
Dengan kadar kecairan dalam pasaran secara tradisi agak kurang pada bulan Disember, adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak.
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS