Secara amnya Pound ditutup kukuh berbanding Dolar Amerika minggu lalu dengan jarak pergerakan 200 pips. Dengan harga pembukaan 1.23405, melakukan sedi
Secara amnya Pound ditutup kukuh berbanding Dolar Amerika minggu lalu dengan jarak pergerakan 200 pips. Dengan harga pembukaan 1.23405, melakukan sedikit pembetulan pasaran ke harga 1.23117 lalu terus mengukuh sehingga hari Jumaat dan menutup pasaran pada paras 1.24750.
Sentimen positif pembentangan Autumn Statement pada hari Rabu telah merangsang belian dalam dagangan Pound di awal minggu lalu. GBPUSD menyusut sedikit dengan keluarnya data berkala makroekonomi dari US. Namun, momentum belian Pound berbanding Dolar pulih pada hari Khamis dan Jumaat.
Minggu hadapan, dari segi makroekonomi boleh dikatakan sangat menarik bagi GBPUSD. Hari Selasa sehingga hari Jumaat dipenuhi dengan data-data demi data berkala makroekonomi daripada UK dan US yang sudah pasti dapat merangsang turun naik Pound. Minggu hadapan juga merupakan minggu NFP seperti kebiasaan pada minggu pertama setiap bulan.
Dari segi teknikal, harga psikologi Resistant bagi GBPUSD meneruskan pendakian adalah 1.26 dan paras psikologi Support adalah 1.234. Mengikut Ichimoku Kinko Hyo, di Time Frame harian dan 4 jam, harga penutup minggu lalu sudah memasuki awan yang mengambarkan harga sedang berada dalam keadaan Sideway atau Consolidation. Namun perlu diingatkan minggu hadapan dipenuhi dengan data berkala markoekonomi yang akan menggerakkan harga GBPUSD dengan sangat rancak.
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS