Pound vs Dollar – Mood Masih Bullish Namun Berpotensi Untuk Mengundur

Pound vs Dollar – Mood Masih Bullish Namun Berpotensi Untuk Mengundur

Sepanjang minggu lepas, kelihatan seperti bahang Brexit hampir telahpun pudar dan kerajaan pimpinan May mendapat sokongan majoriti, apabila Pound meno

Sepanjang minggu lepas, kelihatan seperti bahang Brexit hampir telahpun pudar dan kerajaan pimpinan May mendapat sokongan majoriti, apabila Pound menokok tinggi mengatasi USD hampir mencecah 300 pips lantaran komen Gabenor Carney yang kedengaran tersangat hawkish tentangan pendapat beliau untuk kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Pound memberi respon lebih baik terhadap sentimen berbanding data ekonomi sebenar, dan ramai juga berpendapat ‘pullback’ boleh berlaku pada minggu ini andai data-data dari UK dan AS mampu untuk merehatkan pendakian Pound untuk buat sementara.

Antara fokus utama terbitan data untuk pasangan ini adalah; GBP – Ucapan Carney (3 Julai 8 malam), Laporan Inflasi (4 Julai 6 petang) dan Anggaran KDNK (6 Julai 10 malam). Untuk USD pula; ISM dan PMI (3 Julai 10 malam), Minit Mesyuarat FOMC (6 Julai 2 pagi), ADP (6 Julai 8.15 malam), NFP dan Kadar Pengangguran ( 7 Julai 8.30 malam).

Oleh kerana minggu ini adalah minggu yang begitu sibuk dan penuh dengan berita ekonomi dari dua matawang utama ini, dijangkakan pergerakan pasaran akan menjadi tersangat volatile. Arah tuju pasaran bagi pasangan ini mungkin hanya boleh ditentukan secara fundamentalnya setelah laporan NFP diterbitkan pada Jumaat nanti. Kadar pendapatan juga dijangkakan meningkat ini sekaligus memberi ruang pada kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah.

Minit mesyuarat FOMC sehari sebelum itu juga akan turut dinantikan, samada mereka masih optimis untuk kenaikan kadar faedah pada tahun 2017 sekali lagi atau tidak. Kombinasi positif minit mesyuarat FOMC dan NFP adalah harapan untuk Dollar kembali pulih, walaupun dengan ketidaktentuan pentadbiran Presiden Trump.

Risiko Pound pula berada pada keberlangsungan rundingan Brexit pada ketika ini, menjadi satu-satunya penghalang kepada ‘cable’ untuk terus mengukuh lanjutan daripada kenyataan hawkish Carney pada minggu lepas. Jika laporan inflasi dan anggaran KDNK UK positif, ianya bakal menyokong Carney untuk kebarangkalian kenaikan kadar faedah.

Secara peribadi saya melihat Dollar akan mengukuh berbanding Pound menjelang penutupan pasaran minggu ini, dan minit mesyuarat FOMC dan data NFP berada dalam keadaan baik lantas mampu melakukan pembetulan pasaran ke paras 1.28600 – 1.28800 sebelum melakukan pendakian semula.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: