Powell Benamkan USD, Greenback Kekal Di Zon Merah Pada Minggu Pertama Tahun 2019

Powell Benamkan USD, Greenback Kekal Di Zon Merah Pada Minggu Pertama Tahun 2019

Memasuki minggu kedua bagi tahun 2019, pasaran sedang memerhatikan apakah volatiliti pasaran yang besar akan menjadi satu kebiasaan kepada pelabur sel

Memasuki minggu kedua bagi tahun 2019, pasaran sedang memerhatikan apakah volatiliti pasaran yang besar akan menjadi satu kebiasaan kepada pelabur selepas Dow mencatat pergerakan harian lebih 500 mata sementara pertukaran matawang pula naik turun dalam julat melebihi 100 pips.

Walaupun pergerakan pasaran FX tidak begitu signifikan, namun kelemahan permintaan di China telah mengurangkan sebahagian besar jualan pada suku tahun terakhir 2018, dan dijangka akan menekan pendapatan pada suku tahun pertama 2019.

Kebimbangan terhadap isu tersebut telah menyebabkan ‘flash crash’ pada hari Khamis lalu dengan USD/JPY menjunam 400 pips hanya beberapa minit selepas pasaran Asia dibuka.

Kejutan flash crash walau bagaimanapun beransur pulih didorong oleh data NFP dan pertumbuhan pendapatan AS yang lebih baik pada hari Jumaat lalu sehingga menolak saham Dow naik lebih 800 mata.

AS melaporkan penambahan sebanyak 312,000 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Disember, angka terbesar sejak Februari 2018 dan purata pendapatan perjam juga semakin meningkat.

Namun begitu, laporan positif tersebut dilihat tidak cukup untuk menarik perhatian pelabur untuk kembali kepada dollar apabila Fed menguatkan lagi isyarat bahawa pendekatan rate hike akan dikurangkan.

Pengerusi Fed Jerome Powell ketika berucap di dalam mesyuarat tahunan Persatuan Ahli Ekonomi AS berkata outlook inflasi Fed masih kabur walaupun data pekerjaan dan pendapatan mengukuh.

Selain itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kelemahan ekonomi di China yang dilihat mula melimpah ke peringkat global dan menggesa penelitian terhadap penurunan pada bacaan PMI Pembuatan ISM AS.

Powell juga menegaskan kesabaran amat diperlukan dalam keadaan bank pusat masih dalam proses memerhati sejauh mana ekonomi telah berubah dan akan bersiap sedia dengan dasar yang lebih fleksibel.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kekal di zon merah, susut -0.21% sepanjang minggu lalu, tutup di paras 96.20 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: