Powell: Ekonomi Bakal Pulih Dengan Stabil Pada Suku Tahun Kedua

Powell: Ekonomi Bakal Pulih Dengan Stabil Pada Suku Tahun Kedua

Dolar AS tutup dengan nada yang kukuh pada hari Jumaat walaupun dengan data jualan runcit bulan April yang lemah, merekodnya penyusutan terbesar 6.4%

Dolar AS tutup dengan nada yang kukuh pada hari Jumaat walaupun dengan data jualan runcit bulan April yang lemah, merekodnya penyusutan terbesar 6.4%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback menghampiri paras tertinggi harian sekitar 100.36 mata, namun kekal merah sepanjang minggu lalu.

Sentimen pasaran terus bergerak di antara kebimbangan terhadap isu kemelesetan ekonomi dan harapan berlakunya pemulihan segera selepas dibuka kembali ekonomi secara berperingkat.

Selain itu, pendirian bank pusat Fed untuk tidak memilih kadar faedah negatif tidak berubah dengan pengerusi Fed Jerome Powell mengatakan, “ianya bukanlah seseuatu yang kita cari”.

“Fed akan terus menggunakan segala alatan yang telah cuba”, jelas Powell, mengulangi kenyataan dalam minit mesyuarat FOMC yang lalu.

Pada hari Ahad, ketika bercakap di dalam rancangan ‘Face the Nation’ CBC, Powell berkata “ekonomi akan pulih dengan stabil pada suku tahun kedua 2020”.

Beliau turut menegaskan negara memerlukan masa untuk mendapatkan kembali KDNK yang telah hilang dan untuk pemulihan ekonomi, rakyat perlu yakin dengan isu keselamatan dan virus.

Powell juga menyebutkan, “Proses pemulihan di AS berkemungkinan akan berlanjutan sehingga akhir tahun hadapan”.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada keterangan yang akan disampaikan oleh Powell di hadapan ahli jawatankuasa senat, berkaitan pakej bantuan Covid-19 dan juga Akta Keselamatan Ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: