Powell “Orang Yang Tepat” Untuk Ketuai Fed Melawan Inflasi – Biden

Powell “Orang Yang Tepat” Untuk Ketuai Fed Melawan Inflasi – Biden

Jerome Powell ialah "orang yang tepat" untuk mengetuai Federal Reserve dalam menangani lonjakan inflasi AS, kata Presiden Joe Biden semalam ketika be

Jerome Powell ialah “orang yang tepat” untuk mengetuai Federal Reserve dalam menangani lonjakan inflasi AS, kata Presiden Joe Biden semalam ketika beliau mengumumkan calon pengerusi bank pusat paling berpengaruh di dunia.

Pencalonan itu, yang dijangka mendapat pengesahan Senat, menamatkan spekulasi beberapa minggu kebelakangan ini sama ada Biden akan melantik pengerusi dari Republik untuk penggal kedua atau menerima gesaan daripada ahli sayap kiri Parti Demokratnya untuk menggantikan beliau dengan calon lain, seperti Gabenor Fed Lael Brainard.

Sebaliknya, Brainard akan berkhidmat sebagai naib pengerusi, kata Biden, manakala Powell akan kekal di mengemudi Fed, mengetuai penarikan semula rangsangan pandemik serta memulakan kenaikan kadar faedah tahun depan.

Berucap bersama Powell dan Brainard dalam sebuah acara di White House, Biden memuji pengerusi Fed itu kerana telah membantu memacu pemulihan ekonomi jauh lebih cepat daripada jangkaan.

Powell dikatakan telah berjaya menunjukkan kemajuan dalam memulihkan lebih 20 juta pekerjaan yang telah hilang akibat Covid-19.

“Saya percaya Jay adalah orang yang tepat untuk menyokong dan bekerja bersama kami di samping menangani ancaman inflasi yang telah menjejaskan ekonomi dan keluarga,” kata Biden, merujuk kepada Powell dengan nama samarannya.

Powell telah mengetuai tindak balas bank pusat terhadap kemelesetan pandemik, yang menyaksikan pengurangan kadar faedah kepada sifar dan mengeluarkan kecairan bertrilion dolar.

Fed telah pun mengurangkan sebahagian rangsangan tersebut susulan pemulihan ekonomi, namun inflasi mula melonjak.

Walaupun majoriti melihan gelombang inflasi itu hanya sementara dan tidak melihat keperluan menaikkan kadar faedah sehingga pertengahan tahun 2022, Powell tetap berjanji akan menggunakan ‘alat-alat’ bank pusat untuk menyokong ekonomi, pasaran buruh serta mengekang inflasi jika berlanjutan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: