Powell: Pemulihan Ekonomi Akan Lebih Kukuh, Lebih Pantas Dengan Lebih Banyak Bantuan

Powell: Pemulihan Ekonomi Akan Lebih Kukuh, Lebih Pantas Dengan Lebih Banyak Bantuan

Pemulihan AS dari kemerosotan akibat wabak akan lebih "kukuh dan pantas" dengan bantuan kerajaan yang lebih banyak bagi mengawal kadar kehilangan pek

Pemulihan AS dari kemerosotan akibat wabak akan lebih “kukuh dan pantas” dengan bantuan kerajaan yang lebih banyak bagi mengawal kadar kehilangan pekerjaan, jelas pengerusi Fed Jerome Powell semalam.

“Walaupun pelaksanaan dasar akhirnya terbukti lebih besar daripada yang diperlukan, langkah tersebut tidak akan sia-sia,” kata Powell dalam sebuah persidangan ekonomi.

Terdapat risiko yang lebih besar jika tidak mememberi sokongan yang cukup kepada ekonomi kerana “Bantuan yang terlalu sedikit akan membawa kepada pemulihan yang lemah, mewujudkan kesukaran kepada isu rumah dan perniagaan”, tambah beliau

Powell yang sejak dahulu mengatakan lebih banyak sokongan ekonomi diperlukan, memberi amaran jika kemajuan ekonomi bergerak perlahan, ianya akan “mencetuskan dinamik kemelesetan, kerana kelemahan dipandu dengan kelemahan”.

“Kemajuan yang lambat” untuk satu tempoh yang panjang akan memperburuk jurang ekonomi yang ada, yang mana “akan membawa bencana”, ujar Powell.

Powell turut memperingatkan, walaupun AS berjaya melindungi kehilangan pekerjaan, namun masih terdapat peningkatan terhadap pembuangan pekerja-pekerja tetap.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: