Powell: Trump Mengharapkan Bantuan Fed Menurunkan Nilai Dollar, Tetapi Itu Bukan Kerja Saya

Powell: Trump Mengharapkan Bantuan Fed Menurunkan Nilai Dollar, Tetapi Itu Bukan Kerja Saya

Presiden Trump inginkan dollar yang lebih rendah bagi meningkatkan hasil eksport negara dan mengharapkan Fed dapat bekerjasama merealisasikan rancang

Presiden Trump inginkan dollar yang lebih rendah bagi meningkatkan hasil eksport negara dan mengharapkan Fed dapat bekerjasama merealisasikan rancangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Fed Jerome Powell sekali lagi menegaskan bahawa usaha untuk menaik atau menurunkan matawang bukanlah kerja beliau.

Perhatian Trump terhadap dollar muncul kembali selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan kecenderungan mereka untuk melonggarkan dasar, sekali gus menyebabkan euro jatuh berbanding dollar.

Beliau mendakwa bahawa Eropah dan China bertindak melemahkan matawang mereka bagi mendapat kelebihan ke atas perdagangan.

Trump yakin bahawa negara-negara luar telah bertindak memanipulasi matawang melalui dasar moneteri, sekali gus mendorong beliau untuk memilih jalan yang sama.

Beliau telah mengkritik kegagalan Fed menurunkan kadar faedah pada 18 Jun yang lalu, sehingga menyukarkan daya saing para pengeksport AS.

Pada 26 Jun yang lalu, Trump turut membandingkan Powell dan Presiden ECB Mario Draghi dengan mengatakan bahawa beliau lebih senang jika Draghi mengambil alih urusan Federal Reserve.

Walau bagaimanapun, Powell telahpun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa Fed bebas daripada sebarang tekanan politik.

“Jabatan Perbendaharaan bertanggungjawab untuk mengubah dasar kewangan, itu sahaja. Kami tidak akan mengulas tentang paras semasa matawang”, jelas Powell.

Tambah beliau, “Kami pasti tidak akan memberi sebarang sasaran kepada dollar. Tumpuan kami adalah ke atas ekonomi domestik dan keadaan kewangan seperti mana yang dilakukan oleh bank-bank pusat yang lain.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: