Pra FEDS & Mitos “September Crash”

Pra FEDS & Mitos “September Crash”

Kali terakhir FEDS menaikkan kadar faedah adalah pada bulan Disember 2015, iaitu sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% setelah 4 tahun dengan tiada sebar

Kali terakhir FEDS menaikkan kadar faedah adalah pada bulan Disember 2015, iaitu sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% setelah 4 tahun dengan tiada sebarang kenaikan kadar faedah. Tahun ini, FEDS memberi bayangan akan adanya kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 2 kali namun setakat ini masih belum ada sebarang kenaikan telah dilakukan.

Antara faktor yang menjadi kekangan kepada kenaikan ini adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang masih di bawah sasaran 2% iaitu sekitar 1.1% pada ketika ini. Deretan data yang telah dikeluarkan pada awal bulan September mungkin tidak mampu untuk mendorong dan mempengaruhi FEDS untuk menaikkan kadar faedah pada penyata kali ini.

Non Manufacturing PMI’ data jatuh di bawah paras angka 50, kadar pengangguran yang tidak berubah, ‘Non-Farm Payroll’ data jatuh daripada 275K kepada 151K, data jualan runcit meleset, indeks sentimen pengguna yang juga nampak lemah berada di bawah paras 90 dan pengurangan dalam jumlah kelulusan permit bangunan.

Walaupun begitu, beberapa data positif juga dapat kita lihat antaranya adalah ‘initial jobless claim’ ‘trade balance’ dan ‘consumer price index’ data yang bertambah baik.  Mampukah kehadiran data-data ini menyokong kepada kenaikan kadar faedah pada hari ini?

USD index pada hari ini jatuh sebanyak 0.03% daripada paras tertinggi sekitar 96.3, kali kedua gagal tembus setelah kali pertama cuba dilakukan pada 31 Ogos yang lalu.

FEDS sedang ditekan kuat oleh institusi-institusi kewangan untuk melakukan kenaikan kadar faedah, namun dengan melihat data yang ada, kemungkinan itu agak kelihatan kabur. Secara peribadi, saya menjangkakan kenaikan hanya akan berlaku selepas daripada Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang akan diadakan pada 8 November 2016 nanti.

Perubahan polisi kewangan pasca pilihanraya pada pandangan saya lebih baik, kerana ketika itu situasi politik mula stabil dan keresahan ekonomi juga mula berkurangan. Namun apa sahaja mungkin terjadi, ada cakap-cakap yang mengatakan akan ada kenaikan mengejut kali ini dan terjadinya huru hara dalam pasaran.

Teringat saya pada sahabat saya yang bertanyakan tentang “September Crash” ketika kami bertemu pada bulan Ogos yang lalu. Mitos?

“Wake Me Up When September Ends” – Greenday

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: