Pra NFP – Apa Anda Perlu Tahu?

Pra NFP – Apa Anda Perlu Tahu?

Tariff pertama ke atas barangan import China yang bernilai hampir $34 bilion telahpun dilaksanakan oleh AS bermula pada hari ini. Tarif sebanyak 25% i

Tariff pertama ke atas barangan import China yang bernilai hampir $34 bilion telahpun dilaksanakan oleh AS bermula pada hari ini. Tarif sebanyak 25% itu dikenakan terhadap pelbagai jenis mesin, barangan elektronik, komputer dan LED. Perang Perdagangan ini turut disebut di dalam minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Data bagi kelendar ekonomi AS pada bulan lalu terbit sedikit positif dengan Jualan Runcit, Jualan Rumah Baharu dan Indeks Harga Pengguna masing-masing mencatatkan keputusan yang baik. Namun, data bagi KDNK dan ADP agak mengecewakan sekaligus menimbulkan sedikit kebimbangan pada laporan NFP pada malam nanti.

Data ADP pada malam semalam dilaporkan lebih rendah 177,000 berbanding jangkaan 190,000 berkurangan sedikit berbanding laporan pada bulan lalu. Justeru, ia memberi sedikit bayangan kepada data NFP yang mungkin akan turut meleset daripada jangkaan. Bacaan rendah bagi tuntutan awal dan berterusan pengangguran adalah konsisten dengan pasaran pekerjaan yang kukuh.

Konsesus menjangkakan pasaran menambah sebanyak 195,000 pekerjaan pada bulan Jun berbanding 223,000 pada bulan Mei. Kadar Pengangguran pula dijangka terus berada di paras terendah 3.8% mengisyaratkan kelemahan NFP adalah mungkin disebabkan oleh pasaran pekerjaan “berehat” semasa musim panas.

Purata Pendapatan Tahunan dijangka sedikit meningkat kepada 2.8% manakala Purata Pendapatan Bulanan dilihat akan terus kekal pada 0.3% disokong oleh laporan Jualan Runcit dan Jualan Rumah Baharu yang baik. Purata Pendapatan mungkin turut mendapat sokongan dengan peningkatan pendapatan persedirian daripada 0.3% kepada 0.4%.

Terbitan data yang baik pada bulan lalu mungkin akan sedikit memberi kelebihan kepada laporan NFP pada malam nanti walaupun data ADP mengecewakan. Sebarang penambahan pekerjaan di atas angka 200,000 akan memberi lonjakan pada USD sekaligus bakal mengabaikan sentimen negatif kesan daripada “Trade War” AS dan China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: