Presiden Amerika Donald Trump  Bersedia Berjumpa Dengan Kim Jong Un

Presiden Amerika Donald Trump Bersedia Berjumpa Dengan Kim Jong Un

Presiden Amerika Donald Trump memberitahu dia bersedia berjumpa dengan Kim Jong Un dalam "situasi tertentu" untuk rundingan berkenaan program nuklear

Presiden Amerika Donald Trump memberitahu dia bersedia berjumpa dengan Kim Jong Un dalam “situasi tertentu” untuk rundingan berkenaan program nuklear negara itu

Amerika Syarikat tidak mempunyai hubungan politik dengan Korea Utara. Namun baru-baru ini Setiausaha Negara itu Rex Tillerson mengatakan Amerika mungkin akan berunding dengan Rejim Kim jika Korea Utara berhasrat untuk menghentikan pembuatan peluru berpandu balistik dan senjata nuklearnya.

Korea Utara telah menjadi ancaman utama kepada polisi luar negara Amerika. Walaupun dikecam hebat oleh pelbagai pihak antarabangsa tetapi Korea Utara tetap meneruskan pembuatan senjata balistik dan nuklearnya.

Penganalisis kententeraan menjangka Korea Utara sedang dalam penyelidikan untuk membina senjata nuklear yang mampu dilancarkan ke tanah Amerika dan kemungkinan teknologi jarak jauh ini dapat dikuasai pada tahun 2020 dimana Trump masih memegang pentadbiran.

Korea Selatan memberitahu Amerika Syarikat telah bersedia dengan senjata anti peluru berpandu di negara itu untuk menghadapi bantahan China. Pihak Pertahanan Korea Selatan menjangkakan sistem tersebut akan beroperasi secara penuh pada akhir tahun ini.

Ketegangan antara dua negara ini kemuncak bila Trump bersumpah tidak membiarkan Korea Utara membina senjata nuklear yang boleh dilancarkan ke Amerika.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: