Presiden China: Ekonomi Negara Mampu Berkembang Pada 2020 Jika 9 Juta Pekerjaan Berjaya Ditambah

Presiden China: Ekonomi Negara Mampu Berkembang Pada 2020 Jika 9 Juta Pekerjaan Berjaya Ditambah

Ekonomi China boleh berkembang pada tahun ini jika negara mencapai sasaran menambah 9 juta pekerjaan, jelas Presiden China Li Kiqiang lawatannya ke b

Ekonomi China boleh berkembang pada tahun ini jika negara mencapai sasaran menambah 9 juta pekerjaan, jelas Presiden China Li Kiqiang lawatannya ke bandar Chongqing di barat.

Memetik kenyatan yang disiarkan di portal kerajaan pusat China pada hari Ahad, Li menggesa supaya negara meningkatkan usaha dan mempersiapkan diri berhadapan dengan ketidakpastian selepas ekonomi meraih hasil yang positif dalam beberapa bulan terakhir.

China juga menjangkakan bahawa syarikat dan pengusaha perniagaan yang lebih kecil dapat bertahan dari wabak koronavirus dan kemerosotan ekonomi pada tahun ini.

Ekonomi China telah kembali tumbuh dengan KDNK berkembang pada suku tahun kedua (Q2), meningkat 3.2% berbanding tahun lalu. Angka tersebut keluar setelah penyusutan 6.8% pada suku pertama.

Li juga menyebutkan bahawa kerajaan akan memberikan sokongan kepada industri pelancongan dan sektor perkhidmatan yang lain bagi membantu meneruskan operasi dan menyatukan pemulihan ekonomi.

Dalam kenyataan yang berbeza, Li menegaskan bahawa wilayah barat harus menerima lebih banyak industri yang dipindahkan dari arah timur.

Beliau pada hari Jumaat telah melawat sebuah unit Kumpulan Teknologi BOE yang disenaraikan di Shenzhen, Chongqing dan menyuarakan harapan agar syarikat itu akan terus meningkatkan produk LCD untuk telefon bimbit, komputer dan televisyen

Selain itu, beliau turut melawat Changan Automobile Shenzhen yang mana dikhabarkan bahawa syarikat automotif tersebut telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi dengan peningkatan 6% jualan dari Januari hingga Julai berbanding tahun lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: