Presiden ECB Bimbang Jika Dasar Fiskal Dihentikan Secara Tiba-tiba

Presiden ECB Bimbang Jika Dasar Fiskal Dihentikan Secara Tiba-tiba

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde yang juga merupakan bekas ketua IMF memperingatkan kerajaan supaya tidak terlalu cepat menghentika

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde yang juga merupakan bekas ketua IMF memperingatkan kerajaan supaya tidak terlalu cepat menghentikan skim bantuan virus berikutan ekonomi EU masih bergelut untuk keluar daripada krisis kesihatan ini.

Ketika berucap dalam persidangan maya IMF, Largarde berkata isu yang menjadi kebimbangan terbesar beliau ketika ini adalah jika dasar fiskal yang sedang dilaksanakan, termasuk skim bekerja di rumah dan waktu kerja yang lebih pendek akan dihentikan secara tiba-tiba.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan perlulah digubal sesuai mengikut keadaan semasa sehingga dapat mengelakkan daripada kesan kejatuhan mendadak ekonomi.

Sokongan ekonomi perlu “diteruskan untuk satu tempoh masa walaupun jika wabak melemah, supaya ekonomi dapat beralih ke dalam pemulihan penuh dengan lancar”, jelas Lagarde.

Langkah-langkah terbaru juga perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengukuhkan kembali pasaran pekerjaan dan sektor perniagaan, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: