Presiden ECB Gesa Supaya EU Segera Laksanakan Pakej Ransangan Fiskal

Presiden ECB Gesa Supaya EU Segera Laksanakan Pakej Ransangan Fiskal

Presiden ECB, Christine Lagarde menggesa EU untuk segara mengadakan pelan dana pemulihan koronavirus selepas Poland dan Hungary menyekat untuk menera

Presiden ECB, Christine Lagarde menggesa EU untuk segara mengadakan pelan dana pemulihan koronavirus selepas Poland dan Hungary menyekat untuk menerapkan rancangan tersebut.

Gesaan ini dikeluarkan menjelang persidangan video antara ketua-ketua negara Eropah yang akan menjadikan belanjawan dan ekonomi sebagai agenda utama.

Pakej ‘Next Generation EU’yang berjumlah €750 bilion perlu dilaksanakan dengan segara, sebut Lagarde di hadapan jawatankuasa ekonomi dan monetari parlimen Eropah hari ini.

“Sumber tambahan pakej ini dapat bantu mengembangkan dasar fiskal, terutama di negara-negara Eropah yang mempunyai fiskal yang terhad”, tambah beliau.

ECB telah mengambil langkah di luar jangka bagi memastikan aliran kredit terus berjalan.

Selain itu, bank pusat sendiri telah membantu menyelamatkan negara-negara Eropah daripada kejatuhan akibat Covid-19 menerusi pinjaman yang murah kepada pihak bank dan skim pembelian bon kecemasan bernilai €1.35 trilion.

Lagarde mengulangi gesaan supaya kerajaan-kerajaan Eropah turut bersama-sama membantu meringankan beban menerusi ransangan fiskal, dan mendorong supaya EU segara mencadangkan sebuah pakej penyelamat yang baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: