Presiden ECB: Gesaan Hapus Hutang EU Tidak Masuk Akal

Presiden ECB: Gesaan Hapus Hutang EU Tidak Masuk Akal

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde menolak gesaan untuk menghapuskan hutang anggota negara EU bagi membantu ekonomi berdepan krisis C

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde menolak gesaan untuk menghapuskan hutang anggota negara EU bagi membantu ekonomi berdepan krisis Covid-19.

Bagi mengurangkan beban ekonomi 19 anggota negara Eropah, ECB telah mengambil langkah diluar jangkaan dengan memperkenalkan skim pembelian bon besar-besaran yang kini telah mencecah €1.85 trillion.

“Menghapuskan hutang adalah tidak masuk akal,” kata Lagarde kepada akhbar mingguan Le Journal du Dimanche Perancis.

“Penghapusan tersebut akan melanggar perjanjian Eropah yang melarang pembiayaan monetari kepada negara”, jelas beliau sambil menegaskan bahawa ianya adalah tiang asas kepada matawang tunggal euro.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Lagarde bagi menjawab gesaan lebih 100 ahli ekonomi untuk menambah rangsangan ekonomi dengan menghapuskan hutang-hutang anggota negara EU.

Ahli-ahli ekonomi ini menyebutkan bahawa suku hutang kerajaan yang menggunakan matawang euro dengan jumlah sekitar €2.5 trillion adalah pinjaman yang diberikan oleh ECB.

“Dengan kata lain, kita berhutang 25% dengan diri sendiri, jika kita ingin membayar balik jumlah itu, kita mesti mencarinya di tempat yang lain, sama ada dengan meminjam lagi untuk membayar bukan melabur, atau menaikkan cukai atau mengurangkan perbelanjaan”, jelas mereka.

Lagarde mengakui bahawa semua negara zon Eropah akan keluar dari krisis dengan paras hutang yang tinggi, namun beliau yakin bahawa setiap negara mampu membayarnya.

Beliau juga menyebutkan “lebih baik tenaga yang digunakan untuk menuntut penghapusan hutang oleh ECB digunakan untuk membahaskan penggunaan pinjaman”.

“Untuk apa belanjawan negara digunakan? Sektor mana yang perlu kita laburkan di masa depan? Ini adalah persoalan utama”, tambah Lagarde.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: